awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laksanakan segera projek pembangunan, tiada lagi alasan lewat sebab COVID-19 - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
04/03/2022
09:20 MYT
Laksanakan segera projek pembangunan, tiada lagi alasan lewat sebab COVID-19 - Hajiji
KOTA KINABALU: Ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan perlu memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat mendapat manfaatnya.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.
Menurutnya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat selain meningkatkan kos pelaksanaan.
"Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk 'touch points'. Semua agensi hendaklah cuba untuk memudahkan semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya,".
Katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022, pada Jumaat.
Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program atau projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.
Sehubungan itu katanya, semua pihak perlu menggandakan pemanduan, menggariskan pelan tindakan dan strategi mantap.
Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022.
"Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Kumpulan Sasar (focus group) Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Kumpulan Sasar Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah," katanya lagi.
Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.
“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut," tegasnya.
Topic Berkaitan
#kelewatan projek
#Hajiji Noor
#projek pembangunan
#projek pembangunan Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan