awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan alternatif ke Pantai Timur juga sesak

Sinar Harian
Sinar Harian
23/04/2023
09:20 MYT
Laluan alternatif ke Pantai Timur juga sesak
Jalan Seremban-Simpang Pertang sesak sejak Sabtu selepas menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur. - Sinar Harian
JELEBU: Jalan Seremban-Simpang Pertang sesak sejak Sabtu selepas menjadi laluan alternatif pengguna jalan raya untuk ke Pantai Timur.
Kesesakan luar biasa itu dipercayai berlaku ekoran masing-masing mahu mengelak menggunakan Lebuh Raya Karak dan Jalan Kuala Pilah.
Jalan tersebut merupakan satu-satunya laluan ke Pantai Timur melalui daerah Bentong.
Berdasarkan maklumat awal, kesesakan itu bermula sejauh 22 kilometer dari Pantai, Seremban, Bukit Tangga sehingga ke pekan Kuala Klawang akibat kenderaan bergerak perlahan.
Laluan berkenaan mulai sesak pada Rabu namun ia berkurangan pada Khamis dan Jumaat bagaimanapun kembali sesak pada hari raya pertama bermula jam 11 pagi hingga 9 malam seterusnya dipenuhi pelbagai jenis kenderaan sejak Ahad.
Berikutan itu, anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Jelebu dan dibantu anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mula bertugas di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 32.5 berhampiran Balai Trafik Kuala Klawang bermula jam 9.30 pagi Ahad.
Sementara itu, Ketua Polis daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya akan melakukan pemantauan supaya keadaan trafik berjalan lancar.
- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#laluan alternatif ke Pantai Timur
#trafik sesak
#Aidilfitri
#Jalan Seremban-Simpang Pertang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan