MERSING: Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli dari lima kampung di Daerah Mersing terputus hubungan berikutan laluan darat untuk ke kampung mereka dinaiki air akibat hujan berterusan beberapa hari lepas, menurut Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).
Pegawai JAKOA Daerah Mersing Nor Faizzi Sulaiman berkata, laluan darat untuk masuk ke Kampung Peta, Kampung Punan dan Kampung Tewowoh dinaiki air setinggi 1.5 meter sejak Ahad lepas manakala laluan ke Kampung Orang Asli Tanah Abang dan Kampung Orang Asli Tanjung Tuan yang terputus pagi semalam, digenangi air pada aras 0.3 meter.
Bagaimanapun, beliau berkata terdapat bekalan makanan selama seminggu untuk masyarakat di sana yang dibekalkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mersing dan pengagihannya akan diuruskan oleh jawatankuasa kampung terlibat.
"Buat masa ini, komunikasi antara JAKOA dengan wakil penduduk adalah melalui kumpulan WhatsApp yang sentiasa digunakan untuk menyalurkan maklumat tiga kali sehari. Ketua atau wakil kampung-kampung yang terlibat akan membuat laporan dan menghantar gambar mengenai status terkini keadaan kampung masing-masing.
"Sekiranya penduduk memerlukan bekalan ataupun menghadapi kecemasan (misalnya sakit), kita akan meminta bantuan daripada agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Nor Faizzi berkata pihak JAKOA akan melaporkan segala maklumat atau kecemasan kepada pegawai zon yang telah dilantik, kemudian akan melaporkannya kepada bilik gerakan bencana daerah.
Beliau menambah, kebiasaannya jika laluan darat tidak dapat dilalui, laluan sungai akan digunakan dengan bantuan pihak bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan APM.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau Alwiyah Talib berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan keadaan banjir yang berlaku termasuk lokasi berisiko.
"Kita berharap agar situasi segera pulih seperti sediakala namun pada masa sama bersyukur kerana keperluan asas mereka telah dihantar lebih awal sebelum bencana berlaku.
"Pasukan penyelamat seperti bomba, APM, ATM dan Pusat Kawalan Operasi Bencana telah digerakkan bagi membantu menyelamatkan serta membantu penduduk yang akan dipindahkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022
Laluan darat untuk masuk ke Kampung Peta, Kampung Punan dan Kampung Tewowoh dinaiki air setinggi 1.5 meter sejak Ahad lepas manakala laluan ke Kampung Orang Asli Tanah Abang dan Kampung Orang Asli Tanjung Tuan yang terputus pagi semalam. - Bernama
AWANI Pagi: Rawatan kecederaan sukan
Ikuti kami di #AWANIPagi bersama Dr Badrul Akmal Hisham, Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan juga Dr. Muhammad Naqib, Ketua Pegawai Operasi UKM Specialist Centre Sdn Bhd dalam membincangkan tentang rawatan kecederaan sukan yang berkesan.
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
https://www.facebook.com/UKMSpecialist/
#AWANInews #AWANIPagi
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Hamas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
30 kereta kanak-kanak musnah terbakar
Api berjaya dikawal pada jam 3.54 pagi dan berjaya dipadam sepenuhnya jam 4.45 pagi.
Malaysia berisiko hilang keistimewaan jika berterusan langgar peraturan visa
Sekiranya ditangkap kerana menyalah guna visa pelancongan, ia akan mencemarkan nama baik dan imej Malaysia yang selama ini dipandang tinggi.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
Permohonan Halim Othman ikut prosedur
Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah meletakkan maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Raphael Varane umum berpisah dengan Manchester United
Pertahanan Perancis itu yang kini diketepikan akibat kecederaan bakal meninggalkan The Red Devils selepas tiga tahun di Old Trafford.
Protes pro-Palestin di Israel sempena 76 tahun Nakba
Kira-kira 3,000 orang berarak di sepanjang laluan berhampiran lebuhraya utama - dalam apa yang digelar sebagai return march, yang telah diadakan setiap tahun sejak 27 tahun lalu.
AWANI Pagi: Hari Belia - Pemimpin belia wanita dalam pembuatan keputusan
Pemimpin belia wanita bukan sahaja membawa suara wanita, tetapi juga menyuarakan keperluan pelbagai kumpulan belia.
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Bersempena Hari Belia 2024, ikuti temu bual program #AWANIPagi yang membincangkan peranan penting pemimpin belia wanita dalam membentuk masa depan negara.
#AWANInews #AWANIPagi
Kemboja rai ulang tahun keputeraan ke-71 Raja dengan persembahan bunga api
Persembahan bunga api yang memukau itu berlangsung kira-kira 20 minit dan letupan warna-warninya menarik perhatian orang ramai.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.