awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143

Bernama
Bernama
13/05/2024
06:00 MYT
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu. -Gambar fail/AP
SAO PAULO: Angka kematian akibat bencana alam terburuk yang pernah melanda negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil, meningkat kepada 143 orang dengan 125 orang masih hilang dan lebih daripada 600,000 orang dipindahkan, lapor Xinhua memetik agensi Pertahanan Awam pada Ahad.
Rekod hujan lebat selama dua minggu yang mengakibatkan banjir dan gelongsoran lumpur, menyaksikan adegan dramatik mangsa bencana diselamatkan di 446 bandar termasuk ibu negerinya Porto Alegre, di mana Sungai Guaiba melimpah dan membanjiri separuh daripada bandar itu.
Hujan lebat bermula pada 29 April dan berterusan sehingga Ahad, memadamkan harapan banjir akan surut, serta meningkatkan jumlah orang yang dipindahkan daripada kira-kira 441,000 pada Sabtu kepada 618,550 pada Ahad.
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu, yang bersempadan dengan Argentina dan Uruguay.
Gabenor Eduardo Leite berkata minggu ini ia akan memerlukan kira-kira 19 bilion reais (AS$3.7 bilion) untuk membina semula Rio Grande do Sul selepas banjir kali ini.
--BERNAMA-XINHUA
TAG: selatan brazil, banjir, gelongsoran lumpur, angka kematian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Brazil
#Rio Grande do Sul
#angka kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan