awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Prasarana rekod 1.54 juta perjalanan penumpang sempena ambang Tahun Baharu
MINDEF tidak lindungi rasuah namun tolak tuduhan tanpa bukti - Mohamed Khaled
MN belum serius, Kerajaan Perpaduan ikrar tumpu nasib rakyat hingga PRU16 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup berikutan runtuhan

Bernama
Bernama
18/11/2025
00:10 MYT
Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup berikutan runtuhan
Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya berikutan runtuhan tanah. - Foto JKR Gua Musang/Sinar Harian
GUA MUSANG: Laluan D29 di Kilometer 11.95 Jalan Gua Musang-Jelawang ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan berikutan runtuhan tanah.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa penutupan laluan tersebut berkuat kuasa sejak semalam sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Pengguna diminta menggunakan laluan alternatif iaitu FT08 Jalan Gua Musang-Kota Bharu, FT66 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli dan FT2743 Jalan Masuk ke Sungai Asap-Bertam-Meranto," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Terkini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berkata laluan berkenaan kini dibuka kepada kenderaan ringan sahaja, dengan satu lorong tersedia.
"Jalan sementara itu mula dibina sejak malam tadi dan mula boleh dilalui bermula hari ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Laluan Gua Musang-Jelawang ditutup
#Gua Musang
#tanah runtuh
#jalan tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan