awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta

Bernama
Bernama
30/07/2024
06:02 MYT
Laluan Smart Lane di Lebuhraya KLK tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Pengaktifan laluan Smart Lane di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) tidak dapat dilaksanakan atas beberapa faktor antaranya perlu mengambil kira laluan yang berselekoh serta berbukit di sepanjang lebuh raya berkenaan.
Smart Lane merujuk kepada penggunaan bahu jalan raya atau lorong kecemasan secara terkawal untuk dijadikan sebagai lorong tambahan yang bertujuan menambah kapasiti lebuh raya bagi menyuraikan aliran trafik semasa berlaku kesesakan atau kemalangan.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum Smart Lane itu dibenarkan untuk diaktifkan di mana-mana bahagian lebuh raya adalah kelebaran bahu jalan sedia ada dan faktor geometrik jajaran lebuh raya terlibat.
"Atas sebab itulah Smart Lane ini tidak dapat dilaksanakan di Lebuhraya KLK kerana kelebaran bahu jalan di lorong kecemasan tidak mencukupi untuk dilalui oleh kenderaan selain laluan yang berselekoh serta berbukit di sepanjang lebuh raya berkenaan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Manolan Mohamad yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan Smart Lane di Lebuhraya KLK untuk mengurangkan kesesakan terutamanya pada hujung minggu.
Nanta berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi ANIH Berhad (ANIH) telah merancang beberapa tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang untuk mengatasi isu kesesakan di KLK.
Beliau berkata tindakan itu antaranya melaksanakan penyaluran lorong di beberapa lokasi sepanjang lebuh raya itu antara Kilometer 64.3 berdekatan susur persimpangan Lingkaran Tengah Utama (LTU), di pusingan U di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong dan jalan susur ke Genting Highlands, bagi mengurangkan 'konflik' dan melancarkan pergerakan trafik.
Menjawab soalan asal Manolan yang bertanyakan sama ada kerajaan bercadang memperkenalkan had laju minimum untuk mengawal kesesakan di lebuh raya, Nanta berkata had laju kelajuan 110 kilometer per jam (km/j) di lebuh raya antara bandar (dan 80 hingga 90 km/j lebuh raya dalam bandar pada masa ini adalah memadai dan bersesuaian keadaan pemanduan di negara ini.
"Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kualiti infrastruktur lebuh raya berada dalam keadaan terbaik demi manfaat semua," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laluan Smart Lane
#Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak
#Alexander Nanta Linggi
#Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan