SHAH ALAM: Susulan kebocoran gas di lokasi projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen 1 di sini, laluan dari Subang menghala ke Glenmerie ditutup sepenuhnya selama 25 hari.
Laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove membabitkan jarak lebih kurang 350 meter.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata semalam pihaknya menerima maklumat mengenai kebocoran gas terbabit yang mana saluran paip tersebut adalah saluran utama bagi membekal gas asli kepada Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.
Beliau berkata atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan kawasan sekitar, pihak bomba telah menyarankan agar menutup sepenuhnya laluan terbabit.
"Lokasi penutupan jalan ini adalah penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penutupan penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.
"Tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra dijangka selama 25 hari, iaitu tempoh membaik pulih dijangka selesai," katanya dalam kenyataan hari ini
Baharudin berkata sepanjang tempoh itu, bantuan rondaan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam bagi menilai tahap kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.
Beliau turut menasihatkan pengguna jalan raya agar memandu secara berhemah, mematuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati semasa melalui laluan kontra tersebut.
-BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke Bangunan Palm Grove membabitkan jarak lebih kurang 350 meter. - PDRM
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Belanjawan 2024: Pembinaan 5 stesen LRT 3 diteruskan dengan kos RM4.7 bilion
Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.
Laluan Subang-Glenmarie ditutup ekoran kebocoran gas di lokasi projek pembinaan LRT 3
Susulan kebocoran gas di lokasi projek pembinaan LRT 3 di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen 1 di sini, laluan dari Subang menghala ke Glenmerie ditutup sepenuhnya selama 25 hari.
Pengurangan 47% kos asal LRT3, ini impaknya - Kementerian Kewangan
Pengurangan kos mendadak itu akan menyumbang kepada operasi yang lebih berdaya maju, di samping memastikan harga tiket yang lebih rendah untuk pengguna.
PM lancar projek LRT3
Kerja-kerja pembinaan LRT3 bermula awal 2017 dan dijangka siap 31 Ogos 2020.