KOTA BHARU: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan sedang menaik taraf laman flora Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong untuk dijadikan sebagai hab agropelancongan terbaharu di negeri itu menjelang Disember tahun ini.
Pengarahnya Wan Faizatul Aniza Ismayatim berkata fasa kedua menaik taraf laman flora ini dilakukan semula sejak ia mula diwujudkan pada 2016 bertujuan menarik lebih ramai pengusaha florikultur dan nurseri di negeri ini untuk memajukan perniagaan mereka selain menjadikannya sebagai pusat rujukan pemasaran hasil pertanian.
"Kita jangka laman flora fasa kedua ini siap Disember ini, pastinya pengunjung dapat menimba ilmu dan pengalaman seperti cara penanaman dengan berkesan, kaedah pemasaran dan sebagainya kerana ia akan dijadikan sebagai pusat rujukan untuk memberi pendedahan kepada petani dan pengunjung.
"Laman flora ini akan memberi impak positif di Kelantan sebagai hab agropelancongan yang bukan sahaja mampu menarik lebih ramai pelabur dan usahawan untuk menjana ekonomi, malah turut membantu para petani meningkatkan hasil pengeluaran tanaman mereka di laman flora ini," katanya ketika ditemui pemberita di FAMA RTC Tunjong, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Wan Faizatul Aniza berkata setakat ini laman flora itu mempunyai 85 lot tapak yang diusahakan oleh 72 usahawan dengan pelbagai jenis tanaman bunga dan anak pokok buah-buahan seperti bunga orkid dan bunga keladi.
"Setakat ini, kita mempunyai sebanyak 3,168 usahawan ladang kontrak yang mengusahakan pelbagai jenis tanaman seperti labu, terung dan timun dengan keluasan penggunaan tanah sebanyak 4,331 hektar.
"Bukan itu sahaja, usahawan ladang kontrak yang berdaftar ini juga mampu menghasilkan lebih 47,961 tan metrik tanaman mereka dengan anggaran nilai pengeluaran lebih RM48 juta sejak 2007," katanya.
Beliau berkata terdapat banyak kelebihan dan kemudahan akan disediakan kepada petani yang berdaftar dengan FAMA selain turut menerima bantuan pemasaran sekiranya berdepan dengan isu atau krisis berkaitan dengan perniagaan mereka.
"Antara kelebihan berdaftar dengan FAMA ialah kita menawarkan harga lantai, sekiranya harga komoditi jatuh FAMA tetap akan beli dengan harga lantai yang sudah ditetapkan dalam persetujuan.
"Namun, jika harga melebihi harga lantai, kita akan beli dengan harga semasa jadi banyak manfaat yang akan diperoleh termasuk hubungan baik antara petani dengan agensi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 26 2023
Wan Faizatul Aniza berkata setakat ini laman flora itu mempunyai 85 lot tapak yang diusahakan oleh 72 usahawan dengan pelbagai jenis tanaman bunga dan anak pokok buah-buahan seperti bunga orkid dan bunga keladi. - Gambar FB FAMA Kelantan
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Pengerusi OIC tegaskan wujud keperluan mendesak untuk membincangkan konflik berpanjangan di Palestin dan kemusnahan akibat perang di Gaza.
Kepentingan ziarah luar di Madinah semasa musim Haji
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai kepentingan ziarah luar di Madinah bagi jemaah dan petugas haji sebagaimana ditekankan oleh Pembimbing Ibadat Haji Madinah, Ustaz Mahmad Zukri Mat Hassan.
AWANI Pagi: AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 Mei 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Nursyazwani Saiful Sham;
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim, dua mangsa selamat
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Laporan menjelang musim Haji 1445H/2024M
Lelaki hina wajah anak Caprice tampil mohon maaf bersemuka
Pemuda bernama Irfan yang datang dari Johor dengan menaiki bas itu dilihat bertemu dengan Farra sambil melutut meminta maaf.
Isu Gaza dijangka dominasi Sidang Kemuncak OIC
Konflik di Gaza dijangka menjadi agenda utama di Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Negara-negara Islam, OIC yang berlangsung di Gambia.
Kes tembak KLIA: Hafizul diberkas polis di Kota Bharu - KPN
Polis sudah memberkas suspek kes tembak Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Cuaca panas: Bomba rekod lebih 200 kes kebakaran terbuka di Kelantan
Bomba Kelantan merekodkan 232 kes kebakaran terbuka dalam tempoh lapan hari sejak 4 April lepas berikutan cuaca panas atau pembakaran terbuka.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.
Dua lelaki disyaki bantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen ditahan
Polis menahan dua lelaki tempatan kerana disyaki terlibat dalam membantu kegiatan pinjaman wang tanpa lesen menerusi Op Vulture di bandar Kota Bharu.
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa ugut, cedera lelaki
Bekas ketua aktivis PPIM Kelantan didakwa atas dua pertuduhan iaitu melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki.
Imigresen, JPJ tahan 74 pendatang dalam operasi bersepadu
Jabatan Imigresen Kelantan menahan 74 pendatang tanpa izin dalam operasi bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pagi tadi.
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.
Cekal bergelar petani, wanita raih pendapatan lumayan
Penglibatan wanita dalam pelbagai sektor perniagaan di Kelantan bukan sesuatu yang asing malah sudah sebati dan menjadi budaya setempat.
Polis kesan empat lelaki dikehendaki bersabit jenayah di Kota Bharu
Mereka ialah Mohd Fared Abdul Ghani, Mohd Izani Ibrahim, Mohd Haziman Hikamarhakimi dan Wan Sharilazry Wan Mohd Sukry.
JKNK arah 12 premis makanan ditutup 14 hari
Operasi Bersepadu Premis Bersih yang dilancar Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan semalam menyaksikan 12 premis makanan diarah tutup.