JEMPOL: Perniagaan durian musim kali ini agak mencabar kepada peniaga memandangkan berlaku lambakan susulan hasilnya 'menjadi' dan pengeluarannya serentak.
Perkara itu diakui beberapa peniaga durian yang ditemui Sinar Harian ketika tinjauan sekitar Bandar Seri Jempol dan Bahau, di sini pada Isnin.
Seorang peniaga yang ditemui, Sahrizan Abd Jabbar, 41, dari Bandar Seri Jempol berkata, pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.
"Kali ini durian kita 'banjir'. Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan keluarkan hasil serentak pula. Boleh dikatakan jualan agak merosot sedikit berbanding tahun lepas pada bulan yang sama.
"Kalau tahun lepas saya boleh jual durian kira-kira tiga tan sehari, tetapi kali ini separuh daripadanya sahaja. Peniaga pula ada yang jual terlalu murah,asalkan habis, tidak tahulah macam mana mereka kira (keuntungan)," katanya.
Seorang lagi peniaga, Mohd Hazrizal Effendy Zakaria, 35, berkata, jualannya pada hari Isnin hingga Khamis agak perlahan berbanding hari cuti namun tidak menolak puncanya juga disebabkan faktor cuaca panas.
"Sudah empat tahun saya berniaga durian, kesemua bekalan dari Jelebu, cuma musim kali ini agak perlahan sikit jualan namun Alhamdulillah masih ada permintaan terutamanya hari minggu. Ia disebabkan durian Jelebu ini durian bukit rasanya lebih sedap dan padu berbanding durian yang ditanam di tanah rata," katanya.
Senada dengan Mohd Hazrizal, seorang lagi peniaga durian yang dikenali sebagai Kok Wah, 56, menjelaskan musim kali ini tidak mengambil bekalan durian yang banyak sebaliknya hanya dua tan sahaja.
"Tahun sudah saya boleh jual lebih tiga tan sehari. Kali ini tidak bolehlah, saya terpaksa jual sedikit sahaja kerana tidak mahu berlaku kerugian yang tinggi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan lambakan durian itu juga disebabkan musimnya dijangka lebih panjang berbanding tahun-tahun sebelum, selain faktor cuaca panas yang memudahkan pokok durian berbunga malah hasil yang dikeluarkan lebih banyak bagi setiap pokok.
Sementara itu, seorang penggemar durian, Norhayati Khamis, 26, berkata, lambakan durian itu umpama durian runtuh buat penggemar durian sepertinya.
"Saya suka apa sahaja makanan yang berasaskan durian sama ada kek, biskut, kuih termasuklah tempoyak. Makan mentah lagi sedap, kita boleh beli borong dengan harga yang murah," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 06 2023

Mohd Hazrizal (kiri) ketika menunjukkan durian yang dijualnya bertentangan stesen kereta api Bahau. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai Pengarah Bukan Eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
MAH anjur kejohanan, undang bekas pemain untuk perlawanan amal
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) bakal menganjurkan MAH Football Tournament pada 9 dan 10 Oktober ini, menghimpunkan petugas hotel dari 13 wilayah dari seluruh negara, termasuk bekas pemain kebangsaan untuk perlawanan amal.

Mohammed Shazalli kini pengarah bukan eksekutif AirAsia X
AirAsia X Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly sebagai pengarah bukan eksekutif berkuatkuasa pada hari ini.
Gimnastik sumbang gangsa, takraw puas hati dengan perak
Penantian 17 tahun untuk kilauan pingat dari gelanggang gimnastik berakhir selepas atlet negara, Muhammad Sharul Aimy berjaya meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou 2022.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Skuad takraw pula tidak menghampakan, pulang dengan pingat perak selepas tewas kepada musuh tradisi, thailand pada perlawanan akhir.
Wartawan Astro ARENA, Syen Yeoh yang berada di Hangzhou ada perinciannya.
Dua penjawat awam direman, rasuah berkaitan urusan mayat
Dua kakitangan perubatan awam direman lima hari bermula pada Jumaat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM3,500 sebagai balasan menawarkan kerja pengurusan mayat bukan Islam.
[TERKINI] 12 kawasan catat IPU tak sihat
12 kawasan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Pegawai, anggota polis antara enam ditahan larikan seorang penganggur
kesemua suspek berusia 27 hingga 42 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
TIada pertandingan 'top 5' Pas
Lima jawatan tertinggi Pas iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden tidak akan dipertandingkan.
[TERKINI] SIasatan terhadap Jasmine Loo diserahkan kepada Peguam Negara
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan MYDIN Pitchay mengesahkan siasatan ke atas bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo, sudah lengkap.

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023
Astro berbangga meraih pengiktirafan di peringkat global sekali lagi dengan membawa pulang 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards (AAAs) tahun ini.

Lambakan durian, peniaga mengeluh harga runtuh
Pengeluaran banyak tetapi permintaan kurang sekali gus menyebabkan ada peniaga bertindak 'buang harga'.