Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang akan ditutup selama sebulan untuk kerja-kerja penyelenggaraan landasan secara menyeluruh bermula 11 Mei 2018.
Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Badlisham Ghazali berkata landasan akan ditutup sehingga 7 Jun bagi kerja-kerja penyelenggaraan selaras dengan Pelan Induk Kemampanan Landasan.
Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa kira-kira enam peratus daripada pergerakan penerbangan harian dijangka terjejas akibat penutupan landasan.
"Skop kerja melibatkan kerja-kerja 'overlaying' dan kerja pengembalian semula insfrastruktur termasuk saliran dan kerja-kerja tanah," kata beliau dan menambah ia sebahagian daripada tanggungjawab MAHB sebagai pengendali lapangan terbang untuk memastikan kemampanan dan keselamatan semua landasan lapangan terbang di bawah pengurusannya.
Badlisham berkata semua syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA komited untuk memastikan sebarang kesulitan kepada penumpang dapat diatasi dengan memberikan pemberitahuan awal mengenai sebarang perubahan dalam jadual penerbangan.
"Penumpang dinasihatkan untuk menyemak dengan syarikat penerbangan masing-masing mengenai jadual penerbangan mereka," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 12 2018
Menjadi tanggungjawab MAHB sebagai pengendali lapangan terbang untuk memastikan kemampanan dan keselamatan semua landasan lapangan terbang di bawah pengurusannya.
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
Malaysia Airports beri kerjasama penuh sistem prapelepasan jemaah haji
Datuk Badlisham Ghazali berkata inisiatif itu merupakan langkah proaktif bagi pengurusan yang akan memanfaatkan 36,480 jemaah haji tahun ini, terutama bagi jemaah kali pertama.
Landasan 3 KLIA ditutup sebulan untuk kerja selenggaraan
Datuk Badlisham Ghazali berkata landasan akan ditutup sehingga 7 Jun bagi kerja-kerja penyelenggaraan selaras dengan Pelan Induk Kemampanan Landasan.
KLIA menang Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018
Anugerah mengiktiraf perkhidmatan pemasaran cemerlang yang telah menyokong pelancaran laluan udara baharu atau pembangunan perkhidmatan sedia ada.
MAHB tidak ada rancangan segera bina terminal ketiga bagi KLIA
MAHB sedang menimbang untuk meluaskan dan mengubah suai Terminal Utama KLIA serta menaik taraf sistem yang dijadualkan dilaksanakan dalam masa lima tahun lagi.
Tony Fernandes sinis dengan kemudahan baru di klia2
Hubungan dingin antara syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan pengendali lapangan terbang di Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bukan sesuatu yang baru.
MAHB laksana daftar masuk bagasi sendiri di KLIA2
Kemudahan SBD adalah Scan&Fly oleh SITA, pakar terkemuka dalam teknologi maklumat dan komunikasi pengangkutan udara, boleh dinikmati oleh lebih daripada 25 juta penumpang AirAsia
Kadar PSC di KLIA2 tidak jejas kemasukan pelancong asing
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata kadar PSC sebanyak RM73 di KLIA2 adalah terendah di dunia.
MAHB akan kekal sebagai penggendali di ISG - Badlisham
Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata syarikatnya yang memiliki penuh kepentingan di ISG tidak tertekan untuk menjual kepentingan ISG buat masa ini.
Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi melukis batik di samping mengimbas kembali sejarah negara menerusi paparan gambar-gambar Malaysia di era 50-an dan 60-an.
MAHB sedia bekerjasama tambah nilai lapangan terbang di Istanbul
Syarikat itu telahpun menokok nilai lapangan terbang tersebut dengan menambah trafik penumpangnya daripada empat juta antara tujuh dan lapan tahun lalu kepada 29 juta ketika ini.