KUALA LUMPUR: Persaingan dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia dijangka sengit dengan kehadiran sehingga lima pemain baharu bank digital.
Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Kewangan Deloitte Malaysia, Shahariz Aziz berkata, pecutan agenda pendigitalan bank-bank terlibat akan menjadi sangat menarik untuk ditonton dengan kecekapan awan, data, teknologi, dan analisis adalah pengubah permainan sebenar landskap industri berkenaan.
"Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.
"Walaupun jumlah permohonan lesen akhir kurang dari jangkaan 40-50 pemohon, namun, kami telah melihat penyertaan yang baik dari entiti tempatan dan antarabangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.
Beliau berkata, ramai pemain telah mengumumkan minat dan permohonan mereka secara terbuka untuk lesen bank digital dan secara keseluruhannya, pemohon-pemohon ini membawa kepelbagaian profil yang baik, dari konglomerat tempatan kepada bank-bank, kerajaan-kerajaan negeri, peruncit, BigTech, FinTech, syarikat-syarikat telekomunikasi, dan banyak lagi.
Sementara itu Pengarah Perkhidmatan Kewangan Deloitte Malaysia, Gopal Kiran berkata, bank digital yang berjaya memerlukan ciri-ciri seperti strategi perniagaan yang komprehensif, rakan kongsi dan bakat yang betul, timbunan teknologi ringan, asas pengurusan risiko yang kukuh, teknik pemasaran, dan pengurusan portfolio.
"Bank-bank ini tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk mencapai mana-mana ciri ini lebih awal, dalam usaha untuk mengalahkan pesaing masing-masing," katanya.
Tambahnya, Deloitte percaya bank-bank terlibat sedia maklum akan kepentingan-kepentingan ini dan telah membuat perancangan strategik untuk menjayakannya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Sat Sep 25 2021
Persaingan dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia dijangka sengit dengan kehadiran sehingga lima pemain baharu bank digital. -Gambar hiasan/Pexels
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
[TERKINI] PBB lulus resolusi iktiraf Palestin sebagai anggota penuh
PBB lulus resolusi mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota penuh, dengan 143 negara mengundi menyokong,9 menentang dan 25 berkecuali.
Keputusan SPM kekal pada 27 Mei - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) mengekalkan tarikh keputusan pengumuman Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 pada 27 Mei ini, kerana yakin pelajar mempunyai masa mencukupi membuat persiapan permohonan kemasukan ke institut pengajian tinggi (IPT)
KPM perkasa sistem pendidikan sejajar titah Tunku Mahkota Ismail - Fadhlina Sidek
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif memperkasakan sistem pendidikan negara, selaras dengan titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail yang mahukan langkah lebih proaktif dalam meningkatkan sistem dan kualiti sektor itu.
Kerajaan beri jaminan sedia rawatan susulan - Dr Dzulkefly
Malah KKM juga tegas beliau juga ada kaedah menyediakan bantuan diperlukan kepada penerima yang mengalami kesan sampingan daripada suntikan vaksin.
[KOLUMNIS] Peranan bank-bank digital dalam keterangkuman kewangan
Antara cabarannya adalah geografi, kadar celik digital dan kebolehan meningkatkan keupayaan untuk membayar kembali pembiayaan.
Penilaian bank digital selaras undang-undang, tiada rancangan keluarkan lebih banyak lesen - BNM
Gabenor Bank Negara berkongsi butiran terperinci mengenai penilaian dan pemilihan lima konsortium bagi lesen bank digital.
Bank besar Malaysia mampu depani persaingan daripada bank digital inovatif - Moody's Investors
Enam kumpulan bank terbesar mampu untuk menangkis persaingan dengan francaisnya yang meluas serta pengukuhan digital berterusan.
Sarawak terima keputusan BNM tidak luluskan permohonan lesen bank digital
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) yang tidak meluluskan pemohonan kerajaan negeri untuk memperolehi lesen bank digital.
Landskap industri perbankan dan kewangan dijangka lebih menarik dengan kehadiran bank digital - Deloitte
Dengan lebih dari 29 permohonan bersaing untuk mendapatkan lesen dari bank pusat, ini menunjukkan minat yang jelas dari para peserta dan peluang pasaran.
BNM terima 29 permohonan bagi dapatkan lesen bank digital
Bank pusat itu berkata sehingga lima lesen akan dikeluarkan dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan pada suku pertama 2022.
BNM akan keluarkan sehingga lima lesen bank digital
Bank pusat hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian langkah membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.