awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komunikasi jelas penting dalam perubahan cukai - MOF
Imigresen tahan 171 pendatang asing dalam serbuan di Semenyih dan Kajang
Penduduk bukan warganegara di Sabah menurun 0.32 peratus tahun lepas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg

Bernama
Bernama
07/01/2026
11:45 MYT
Pekerja ladang bebas tuduhan edar dadah lebih 77kg
Liew Wan Wah, 46, (dua, kanan) bersama rakannya, Leong Hoi Aw, 52, hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar/ Bernama
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang sawit tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine, lima tahun lepas.

Ringkasan AI
  • Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang sawit daripada pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 77 kg methamphetamine tanpa perlu membela diri.
  • Hakim Abdul Wahab menyatakan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, Leong Hoi Aw.
  • Seorang peniaga, Liew Wan Wah, diperintahkan untuk membela diri atas pertuduhan yang sama dan prosiding dijadualkan pada 22 dan 23 April.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membebaskan Leong Hoi Aw, 52, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Beliau berkata berdasarkan semua keterangan yang dikemukakan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Leong mempunyai niat bersama untuk menjalankan sebarang kegiatan dadah tersebut, memandangkan dia cuma seorang penumpang dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dadah dalam jumlah yang besar di dalam but kereta dinaikinya.
Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan seorang lagi tertuduh Liew Wan Wah, 45, seorang peniaga untuk membela diri atas pertuduhan sama dan menetapkan 22 dan 23 April untuk prosiding membela diri.
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan adalah bagi tujuan pengedaran dan lelaki itu mengetahui keberadaan dadah itu dalam kereta tersebut.
"Saya berpendapat bahawa tertuduh pertama telah membawa sejumlah dadah iaitu 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram dadah jenis methamphetamine dengan menggunakan kereta yang dipandunya dari satu tempat ke tempat yang lain dan tempat kejadian.
"Ini membuktikan bahawa tertuduh pertama telah membawa dadah tersebut yang menjurus kepada perbuatan mengedar dadah," kata Hakim Abdul Wahab.
Kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah seberat 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram di Plaza Tol Gopeng arah masuk ke lebuh raya sebelum kaunter pembayaran tol serta di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada 23 dan 24 Jun 2021.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama.
Peguam Charan Singh Kartar Singh dan P Ravee masing-masing mewakili Leong dan Liew manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasinnisa Begam Seeni Mohideen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes pengedaran dadah
#keputusan mahkamah
#bebas dan lepas
#Leong Hoi Aw
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan