awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan

Bernama
Bernama
28/04/2024
09:50 MYT
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya. - Facebook Zaliha Mustafa
LABUAN: Landskap pelancongan Labuan akan mengalami peremajaan supaya selari dengan agenda kerajaan untuk meningkatkan sektor berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
Beliau turut menekankan pelbagai potensi di Labuan yang merentasi berbagai-bagai sektor.
"Daripada sektor pelancongan kepada ekonomi dan pendidikan, Labuan menawarkan peluang yang memerlukan perhatian yang serius," katanya kepada pemberita selepas mengakhiri lawatan ke Labuan sempena penganjuran Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) 2024 di sini hari ini.
Berkenaan keperluan untuk melakukan penstrukturan semula produk pelancongan, Dr Zaliha menekankan matlamat untuk menambah jumlah kemasukan pengunjung ke pulau bebas cukai itu.
Menyedari kejayaan penganjuran LISC, beliau berkata acara tahunan itu yang kali ini berjaya menarik penyertaan 11 negara dengan lebih 2,000 peserta berperanan sebagai "magnet" kepada pelancong.
Menurut Dr Zaliha acara utama seperti Pertandingan Memancing DAIWA dan Cabaran Kayak Mengelilingi Pulau Labuan kekal menjadi tarikan utama, manakala aktiviti baharu seperti Coastal Ninja Warrior Challenge, Regatta LISC 2024 serta Glamping LISC menambah daya tarikan baharu kepada peserta tempatan dan antarabangsa.
Beliau turut menekankan kepentingan terhadap kerjasama bagi promosi pelancongan yang berkesan, terutama membabitkan penglibatan badan bukan kerajaan dan pihak berkepentingan industri.
Sejajar dengan pelbagai penganjuran acara utama termasuk ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026, Dr Zaliha melahirkan penting bagi Labuan untuk memanfaatkan lonjakan kehadiran pelancong dan mengarahkan Perbadanan Labuan (LC) untuk memperkukuh ekosistem pelancongan serta bersiap sedia dalam menerima kemasukan pelancong.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail menyifatkan kenyataan Dr Zaliha menandakan pendekatan proaktif dalam membangkitkan semula industri pelancongan Labuan, dengan tumpuan terhadap kerjasama, inovasi dan pembangunan infrastruktur bagi memastikan pertumbuhan yang berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Labuan
#Zaliha Mustafa
#Jabatan Wilayah Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan