awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar PKP untuk jual dadah secara COD

Salim Aziz
Salim Aziz
30/03/2020
06:07 MYT
Langgar PKP untuk jual dadah secara COD
Suspek (tengah) yang bekerja sendiri mengakui memperoleh bekalan dadah dari Jejawi di Arau. - Gambar Astro AWANI
Seorang lelaki mengambil kesempatan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan menjalakan perniagaan dadah menggunakan pendekatan secara cash on delivery (COD)
Akibatnya, tokan berusia 28 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya di hadapan Sekolah Kebangsaan Beseri, Perlis, pada 9.15 malam Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Muhammad Halim Yatim berkata, ketika ditahan, suspek gagal mengemukakan penerangan munasabah atas pelanggaran PKP.
Curiga dengan suspek, polis membuat pemeriksaan yang akhirnya membawa kepada penemuan sepaket plastik lutsinar berisi dadah jenis syabu yang dipercayai untuk dihantar kepada pelanggannya.
Suspek yang bekerja sendiri itu mengakui, dia memperoleh bekalan dadah dari Jejawi di Arau.
Menurut polis, suspek yang juga positif dadah jenis Methaphetamin itu mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah.
Nilai rampasan berjumlah RM1,900.
Suspek kemudiannya dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar, pada Isnin untuk mendapatkan perintah tahanan reman.
Dia direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.
Topic Berkaitan
#cash on delivery
#Dadah
#Kangar
#Methaphetamin
#padang besar
#perintah kawalan pergerakan
#Perlis
#Syabu
#tokan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan