awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: 49 premis perniagaan termasuk kilang diarah tutup - TPM

Fareez Azman
Fareez Azman
25/07/2021
10:54 MYT
Langgar SOP: 49 premis perniagaan termasuk kilang diarah tutup - TPM
Ismail Sabri memaklumkan 49 premis perniagan termasuk kilang diarahkan tutup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 49 lagi premis perniagaan termasuk kilang dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu diambil selepas pemeriksaan dilakukan pasukan Task Force Operasi Pematuhan pada Sabtu.
"Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
"Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 82,249 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 18,934 orang," jelasnya dalam kenyataan media pada Ahad.
Mengulas lanjut ujarnya, sebanyak 1,300 buah kilang, 14,025 premis perniagaan dan 360 tapak pembinaan dan 173 buah asrama penempatan pekerja telah diperiksa.
Dalam pada itu, seramai 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 11 individu direman.
"Semalam (Sabtu), 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 457 individu dikompaun manakala 11 lagi direman dan 14 dijamin," jelasnya lagi.
Katanya, orang ramai diingatkan untuk sentiasa mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#langgar SOP
#PKP
#SOP
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#kilang
#Premis perniagaan
#PPN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan