awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: 5 kilang, 10 premis perniagaan diarah tutup - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2021
11:24 MYT
Langgar SOP: 5 kilang, 10 premis perniagaan diarah tutup - Ismail Sabri
Sejak 25 Jun sehingga 1 Julai, sebanyak 726 premis dikompaun manakala 75 lagi diarahkan tutup kerana langgar SOP. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sejumlah lima buah kilang dan 10 premis perniagaan diarah tutup pada Khamis kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat hasil pemeriksaan ke atas 2,719 buah kilang, 15,981 premis perniagaan dan 94 asrama penempatan pekerja.
"Sejak 25 Jun 2021 sehingga 1 Julai 2021, sebanyak 132,633 premis perniagaan, kilang dan asrama pekerja telah diperiksa.
"Sepanjang tempoh itu, sebanyak 726 premis dikompaun manakala 75 lagi diarahkan tutup," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan sejumlah 636 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP.
"Daripada jumlah itu, seramai 597 individu dikompaun manakala 39 lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan ialah rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran, makan atau minum di premis (182), tiada penjarakan fizikal (116), individu gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (94) dan tidak memakai pelitup muka (89)," katanya.
Menerusi Op Benteng pula, 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap selain enam buah kenderaan darat dirampas.
Pada Khamis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 768 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri daripada peruncit (603), pemborong (134) dan pengilang (31).
"KPDNHEP juga telah melakukan 1,612 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, 1,584 premis mematuhi SOP manakala 28 lagi dikenakan kompaun," kata Ismail Sabri lagi.
Topic Berkaitan
#SOP
#rentas negeri
#pelitup muka
#langgar SOP
#premis dikompaun
#pendatang asing
#pati
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan