awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langgar SOP: 62 premis perniagaan, kilang, tapak pembinaan diarah tutup - TPM

Fareez Azman
Fareez Azman
18/07/2021
12:21 MYT
Langgar SOP: 62 premis perniagaan, kilang, tapak pembinaan diarah tutup - TPM
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak 62 premis perniagaan termasuk kilang dan tapak pembinaan diarah tutup kerana melanggar SOP PKP. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 62 premis perniagaan termasuk kilang dan tapak pembinaan diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia selepas pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan pemeriksaan harian di seluruh negara.
"Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan kerajaan dan SOP yang telah diwartakan.
"Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melaksanakan 74,793 pemeriksaan dan snap check COVID-19 di seluruh negara dengan jumlah kekuatan anggota seramai 19,645 orang," jelasnya dalam kenyataan media pada Ahad.
Jelasnya, ia termasuk pemeriksaan ke atas 1,993 buah kilang, 16,569 premis perniagaan, 506 tapak pembinaan dan 243 buah asrama penempatan pekerja.
"Hasil daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 62 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan," jelasnya lagi.
Dalam perkembangan sama, Ismail turut memaklumkan bahawa seramai 13 orang pendatang tanpa izin (PATI) berjaya ditahan dalam OP Benteng.
Turut dirampas dua buah kenderaan darat yang dipercayai bagi kegiatan itu
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#TPM
#SOP
#Timbalan Perdana Menteri
#pati
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#pendatang tanpa izin
#langgar SOP
#kilang
#Premis perniagaan
#tapak pembinaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan