KUALA LUMPUR: Seramai 94 pengunjung pusat hiburan di sini dikompaun berjumlah RM94,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dalam serbuan tengah malam tadi.
Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata hasil risikan mendapati operasi pusat hiburan berkenaan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN Fasa 4 2021, yang masih lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan ketika ini.
"Satu kompaun RM1,000 turut dikenakan ke atas pemilik premis yang terlibat. Jumlah keseluruhan kompaun yang telah dikeluarkan pada serbuan lewat malam tadi adalah berjumlah RM95,000," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azman berkata operasi seperti itu akan terus dilaksanakan bagi meminimumkan kadar jangkitan COVID-19 yang masih tinggi ketika ini demi kesejahteraan masyarakat bersama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000. - Gambar hiasan

Logan Paul ikat kontrak bersama WWE
Paul mengumumkan telah menandatangani kontrak yang berakhir sehingga tahun depan dengan organisasi gusti itu.

10 pemancing, tiga kru bot dikhuatiri hilang
Kesemua mereka turun ke laut kira-kira jam 10 pagi Sabtu lalu dari Jeti Pengkalan Kubu dan sehingga kini gagal dihubungi.

Ibu tunggal syukur terima bantuan rumah baharu
Menjunjung kasih Pemangku Raja Pahang yang sentiasa prihatin dengan nasib rakyat jelata.

KKN Sabah bangunkan sistem, cegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan
Kerajaan Negeri Sabah menerusi KKN akan mewujudkan Integrated System secara atas talian antara KKN dan MPOB bagi mencegah pemalsuan pengisytiharan cukai jualan oleh syarikat di negeri itu.

Politik | Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah meminta Ketua Pembangkang itu untuk menggugurkan kes mahkamah sekiranya mahu disokong sebagai Perdana Menteri. Ahli Parlimen Pekan itu berkata beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Ibadah Korban | JAWI umum ketetapan baharu
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban sempena Aidiladha yang akan disambut pada 10 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Bantuan | Bagaimana mahu bantu rakyat ketika inflasi?
BBerlaku perubahan pekerjaan dalam kalangan belia untuk berniaga dan bekerja dalam dalam perkhidmatan e-hailing, kata Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohd Fauzi Fadzil. Beliau menyifatkan ia merupakan sesuatu perkara yang membimbangkan dan seterusnya perlu ditangani dengan segera.

Pemilihan PKR: Hans Isaac pecah tradisi, menang Ketua Cabang Ampang
Hans Isaac memperolehi 748 undi sementara Altimet memperoleh 746 undi.

"Moga Allah gantikan segala kesakitan, kepedihan"- Doa Neelofa buat Puteri Sarah
Neelofa sudah lama tahu masalah rumah tangga Puteri Sarah, Syamsul.
![[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan [TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976095/thumbnails/11644311721656649310051_640x360.jpg)
[TERKINI] 1.6 juta penjawat awam bakal bermanfaat skim ansuran kenderaan
Kira-kira 1.6 juta penjawat awam bakal berpeluang membeli atau memperbaharui insurans kenderaan mereka secara ansuran tanpa sebarang faedah menerusi Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com. Perincian lanjut bersama Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah di Putrajaya.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Diskaun, pelanjutan tempoh pembayaran kompaun pengusaha pelancongan diluluskan - MOTAC
Kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

45 majikan dikompaun gagal daftar pekerja, perusahaan
Tumpuan operasi kali ini melibatkan perusahaan atau perniagaan yang dijalankan pada waktu malam.

JASNS keluar 20 kompaun berjumlah RM40,000 terhadap 17 premis
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) mengeluarkan 20 kompaun berjumlah RM40,000 ke atas 17 premis yang gagal mematuhi Akta Alam Sekeliling 1974.

Rumah Bonda: Kompaun ikut lunas undang-undang, bukan atas budi bicara saya - Rina
Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata kompaun terhadap Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda (Rumah Bonda) bukan atas dasar budi bicara beliau sebaliknya berlandaskan undang-undang sedia ada.

Op Kesan: 1,124 kompaun dikeluarkan kepada majikan - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengeluarkan 1,124 kompaun ke atas majikan kerana gagal mencarum pekerja mereka hasil 5,579 pemeriksaan.

Op Kesan: Perkeso keluarkan 220 kompaun di seluruh negara
Pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh majikan menerusi aduan yang pernah diterima termasuk memalsukan caruman dalam penyata gaji pekerja mereka.

Tindakan kompaun Serba Dinamik, 4 pengurusan tertinggi sesuai, wajar - Peguam Negara
Keputusan mengkompaun kesalahan SDHB adalah merupakan satu bentuk hukuman yang memadai untuk kesalahan yang dikatakan telah berlaku setelah mengambil kira hal keadaan kes terbabit.

Serba Dinamik, eksekutif tertinggi selesaikan sepenuhnya kompaun RM16 juta
Pembayaran dibuat pada 9 Mei, sebelum tarikh akhir lanjutan pada 11 Mei, 2022.

Langgar SOP: Pengunjung, pemilik pusat hiburan dikompaun RM95,000
Kesemua mereka yang berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu masing-masing dikompaun sebanyak RM1,000.