KUALA LUMPUR: Wilayah Persekutuan Labuan pernah pada satu ketika berada pada tahap membimbangkan selepas penularan pertama varian Delta COVID-19 dikesan di wilayah itu pada 24 April lalu.
Jangkitan di Labuan juga pernah meningkat sebanyak 1,340 kes dalam masa satu minggu dengan kadar R-Naught melebihi 2.4 sehingga pernah diisytiharkan sebagai zon merah.
Namun beberapa langkah pencegahan yang diambil sejak itu berjaya mengeluarkan Labuan daripada zon merah dan sewajarnya langkah berani yang diambil oleh wilayah itu dicontohi.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, Rithuan Ismail, lebih sembilan langkah telah diambil dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Kementerian Wilayah Persekutuan.
"Pada dua bulan lalu, WP Labuan mencatatkan peningkatan kes sehingga mencapai lebih 200 sehari dan nilai R-Naught mencapai lebih 2.0 ,melebihi paras RT kebangsaan.
"Apa kita laksanakan, kita beranikan atas nasihat dan penilaian dibuat JKN, kita buat saringan secara besar-besaran, sebelum ini kita saring kontak rapat lebih kurang 500 sehari, tetapi disebabkan varian Delta kita saring 1,000 hingga 1,500 sehari.
"Jadi kita jangkakan peningkatkan kes pada minggu pertama memang nampak banyak, masyarakat melihat Labuan seolah-olah kita tidak ada perancangan, sebenarnya kita beranikan diri buat saringan besar-besaran," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Malah jelasnya selain komuniti, bagi memastikan penularan dapat dibendung terutama di sektor industri, gelembung hijau sektor industri turut diwujudkan.
Setiap syarikat perlu menyediakan prosedur operasi standard (SOP) bekerja sebelum disemak dan diluluskan Jabatan Kesihatan Negeri.
"Satu syarikat dan industri kita laksanakan green bubble (gelembung hijau), maknanya mereka masuk ke kawasan tapak industri dan balik ke hotel ini semua dibiayai sendiri pihak swasta.
"Penglibatan mereka sangat mengalakkan walaupun ada segelintir tidak dapat arahan betul, tetapi berkat kerjasama mereka ini juga telah diminta menyediakan SOP bekerja.
"SOP itu disemak oleh Jabatan kesihatan Negeri. Ini supaya kita dapat cegah dari awal," jelasnya lagi.
Kesemua tindakan yang diambil itu jelas Rithuan berjaya membawa Labuan keluar daripada negeri zon merah.
Jumlah kes terus mencatatkan penurunan daripada 1,344 kes (seminggu) kepada 26 kes harian pada 15 Julai.
Kadar kebolehjangkitan juga telah menurun daripada 2.4 kepada 0.88 pada 15 Julai.
Dari sektor kesihatan awam pula, jumlah penggunaan katil bagi rawatan dan pusat kuarantin berisiko rendah berkurangan kepada 493 katil manakala di Unit Rawatan Rapi (ICU) merawat COVID-19 penggunaannya juga telah dikurangkan kepada 9 katil berbanding 27 sebelum ini.
Keberhasilan langkah yang diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan itu dilihat bukti bagaimana peperangan menentang COVID-19 terutama varian Delta boleh dilakukan.
BACA: Kerjasama semua pihak bantu vaksinasi di Labuan
BACA: Jangan buka sektor ekonomi terlalu cepat di Labuan walaupun kes turun - Dr Ismuni
Fareez Azman
Fri Jul 16 2021
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri dan semua agensi kerajaan serta masyarakat bekerjasama dalam memerangi varian Delta di pulau itu. - Foto JKN WP Labuan
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua wakil Astro terima anugerah kewartawanan pada Nambikkai Star Icon Awards
Wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dipilih sebagai pemenang Anugerah Juri bagi kategori Wartawan Terbaik manakala Mahendran Veluplay dari Astro Seithigal memenangi kategori Pembaca Berita Popular.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Allahyarham S. Atan luar biasa, saya sendiri cemburu' - M. Nasir
Datuk M Nasir turut mengakui, beliau sendiri mungkin tidak dapat menyamai kebolehan S Atan dalam penghasilan karya tertentu.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro membawa pulang 13 anugerah pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 (ASA 2024) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Sabtu.
All Access to Rossa 25 Shining Years: 'Ini masa saya kongsi pengalaman hidup'
Rossa dedah perjalanan hidup dalam 'All Access to Rossa 25 Shining Years' termasuk perihal rumah tangga yang musnah di tengah jalan.
Fahmi ucap takziah atas pemergian Editor Video Astro AWANI
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga dan sahabat handai tabah dengan pemergian Allahyarham.
Azam Baki sahkan SPRM geledah 'safe house' ahli politik, temui mata wang asing RM5 juta
SPRM menemui sejumlah mata wang asing bernilai RM5 juta ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu kota yang dipercayai dijadikan safe house seorang ahli politik berpengaruh.
Fattah Amin kalahkan Nabil dalam acara Run Challenge, bawa pulang hadiah RM1,000
Penyertaan Fattah dalam acara larian ini tidak dirancang, tetapi diterima atas permintaan ramai pendengar dan sambutan baik daripada Fattah sendiri.