Langkah berjaga-jaga telah ditingkatkan oleh pelbagai pihak untuk mengawal penularan virus Zika susulan dua kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negara ini setakat ini.
Di Kelantan, pengarah kesihatan negeri, Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, penguatkuasaan akan dipertingkatkan untuk memastikan kawasan kediaman dan kawasan lain bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.
"Kita juga dalam proses mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan Persatuan pakaian seragam sekolah untuk menjalankan aktiviti gotong-royong untuk menjaga kebersihan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Sementara itu, pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) negeri, Salasiah Hashim berkata semua 459 skim Rukun Tetangga harus mengadakan aktiviti gotong-royong.
Di Klang, pengerusi Persatuan Usahawan Little India Klang, N.P. Raman berkata selain menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, para peniaga terutama pengusaha kedai makanan perlu memastikan bahawa bekas simpanan air ditutup setiap masa.
"Pemilik restoran juga perlu memastikan bahawa dulang cairbeku di bahagian belakang dan bawah peti sejuk dibersihkan dan dikeringkan setiap minggu," katanya sambil menambah Majlis Perbandaran Klang harus menyediakan brosur dan risalah mengenai virus Zika.
Di Sarawak, pengarah Kesihatan negeri Dr Jamilah Hashim berkata penumpang dan krew penerbangan yang mendarat dari penerbangan antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching serta di Lapangan Terbang Sibu dan Miri telah menjalani saringan.
"Mereka yang mempunyai tanda-tanda jangkitan Zika akan dirujuk ke klinik-klinik ksihatan dan hospital untuk diagnosis lanjut," kata beliau dalam satu kenyataan.
Di Melaka, ujian darah dan air kencing yang dijalankan ke atas tiga orang ahli satu keluarga yang disyaki dijangkiti virus Zika didapati negatif, menurut pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Sukan dan Anti Dadah negeri Datuk Ab Rahaman Ab Karim.
"Ibu dan dua orang anak perempuannya disahkan bebas dari jangkitan Zika dan ini menyangkal khabar angin yang disebarkan di media sosial bahawa mereka menjadi mangsa Zika," katanya pada sidang media.
Di Terengganu, pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar menyangkal dakwaan bahawa seseorang telah dijangkiti virus itu di negeri ini.
Kementerian Kesihatan pada Sabtu berkata ia telah menerima laporan mengenai kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di negara ini semalam.
Pesakit ialah seorang lelaki kaum Dusun berusia 61 tahun yang menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada Sabtu mengesahkan bahawa pesakit telah meninggal dunia kira-kira 5.30 petang akibat komplikasi keadaan jantungnya.
Malaysia melaporkan kes jangkitan virus Zika pertama apabila seorang wanita berusia 58 tahun di Klang, Selangor, didapati positif hasil ujian iaitu seminggu selepas dia kembali dari Singapura pada 21 Ogos.
Bernama
Sat Sep 03 2016

Penguatkuasaan akan dipertingkatkan untuk memastikan kawasan kediaman dan kawasan lain bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

Guna mop bersih microwave cetus pencemaran, keracunan makanan - KKM
Bahan kimia daripada pencuci lantai, kotoran dan kuman boleh berpindah kepada microwave yang digunakan untuk memanaskan makanan.

KKM ambil langkah advokasi, bimbang penjualan vape 'Tiger Pod' semakin berleluasa
Kementerian Kesihatan (KKM) terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, universiti awam dan swasta serta badan bukan kerajaan dalam aktiviti advokasi dan pencegahan

Sistem e-Pharmacist dibuka semula 30 Januari susulan gangguan teknikal
KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist bagi pemilihan penempatan latihan siswazah untuk Pegawai Farmasi Gred UF41 mulai 12 tengah hari 30 Jan hingga 1 Feb ini.

Angka kematian terus meningkat dalam protes Peru Selatan
Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut berikutan rusuhan di Juliaca, Peru Selatan, semalam.

COVID-19: Ambil langkah cegah berkesan agar rakyat tidak berkurung sekali lagi - Khutbah Jumaat
Semua pihak diingatkan untuk bersama-sama mengambil pelbagai langkah pencegahan dalam menangani lonjakan baharu kes COVID-19.

Suntikan vaksin HPV kepada pelajar Tingkatan 1 kembali dilaksana tahun ini - Dr Zaliha
Pemberian suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) bagi mencegah kanser serviks kepada pelajar Tingkatan 1 akan dikembalikan semula.

Thailand keluarkan garis panduan mengenai ganja
Menghisap ganja di khalayak ramai untuk rekreasi boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga 25,000 baht RM3,230).

KKM tawar 4,914 jawatan tetap mulai hari ini - Dr Zaliha
Ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Tidak perlu bimbang COVID-19 di China, tingkatkan pemberian dos penggalak - Pakar
Fenomena yang dialami China ketika ini adalah sama dengan pengalaman negara-negara lain.

Kemasukan lebih ketat untuk pelancong dari China - PM Jepun
Kerajaan Jepun dilaporkan bakal memperketatkan kemasukan pelancong dari China ke negara itu bermula Ahad ini (8 Jan) sebagai langkah kawalan wabak COVID-19.