Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) mengambil pendekatan kreatif apabila menampilkan sisi berbeza pulau legenda ini yang memaparkan produk pelancongan budaya menerusi 10 video dokumentari mikro.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Dr Hezri Adnan berkata penerbitan dokumentari mikro tersebut dilakukan berdasarkan konsep perkongsian pengalaman daripada individu atau tokoh yang terlibat secara langsung dengan pembangunan industri pelancongan Langkawi.
"Ada 10 video dokumentari mikro yang dihasilkan berdurasi lima hingga enam minit setiap satu. Sebagai contoh kami tampilkan 'jikey' sebuah teater tradisi yang terkenal di negeri utara tanah air, lebih menarik di Langkawi jikey memiliki aspek multiculturalism yang menonjolkan budaya Melayu, Cina dan Thailand," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Video Dokumentari Mikro Langkawi, di Laman Padi.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
Mengulas lanjut, Hezri berkata LADA menyedari pulau ini menerima kehadiran pelancong yang ramai namun lebih tertumpu kepada tarikan sedia ada walhal di lokasi pelancongan antarabangsa seperti di Bali, Indonesia; atau Phuket, Thailand; pelancongan budaya memberi pendapatan yang baik kepada penduduk setempat.
"Di Langkawi kami belum cukup ketengahkan produk budaya yang boleh jadi tarikan buat pelancong, jadi atas dasar itu kami rasa perlu melihat semula DNA budaya Langkawi yang boleh digilap dan martabatkan untuk jadi tarikan pada masa depan.
"Sebenarnya amalan tempatan yang mungkin pada kita tidak terlalu menarik tetapi kepada pelancong luar negara atau dari Kuala Lumpur serta kota besar lain mereka tidak pernah tahu dan akan rasa tertarik dengan apa yang diamalkan serta menjadi tradisi di pulau ini," katanya.
Hezri berkata setakat ini tiga daripada 10 video dokumentari mikro iaitu 'Pandai Kayu' (memaparkan seni bina rumah tradisional Melayu Langkawi), 'Beras Terbakar' (lokasi bersejarah) dan 'Gua Pinang' telah dimuat naik di laman sosial LADA dan mendapat respons yang sangat baik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Penerbitan dokumentari mikro tersebut dilakukan berdasarkan konsep perkongsian pengalaman.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Intercontinental World Cultures kembali sebagai hab budaya bermula 19 Nov ini
Acara itu menyatukan negara dari seluruh dunia dalam kepelbagaian perayaan dan mencetuskan hubungan dan komunikasi di luar batas sempadan.
Permintaan manisan, muruku meningkat menjelang Deepavali
Ladu, chittu urundai, jelebi dan athirasam menjadi simbol kegembiraan selain mencerminkan kekayaan budaya masyarakat India di negara ini.
[KOLUMNIS] Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia: Akar sama, perkembangan berbeza
Perbezaan geografi, politik dan budaya menyebabkan kedua-dua bahasa ini berkembang mengikut alirannya yang tersendiri.
Program Citra Nusa tingkatkan kefahaman sejarah dan budaya Malaysia-Indonesia
Kementerian Perpaduan Negara, melalui Jabatan Muzium Negara, menganjurkan Program Citra Nusa @Indonesia: Kita Serumpun bagi mewujudkan kefahaman tentang hubungan budaya Malaysia-Indonesia.
Budaya Baba dan Nyonya semakin diiktiraf masyarakat antarabangsa - Wong
Budaya masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka semakin diiktiraf komuniti antarabangsa khususnya pelancong dari China, kata Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai.
Sukma 2024: Bukan hanya sukan, tonjolkan semangat, budaya tempatan - Timbalan Menteri Sarawak
Temasya itu juga dapat menjadi medan untuk mengenali masyarakat dan tempat-tempat menarik di Sarawak.
[KOLUMNIS] Representasi budaya Malaysia dalam rekaan baju Olimpik Malaysia
Untuk menghasilkan rekaan pakaian kontinjen Olimpik dari Malaysia yang terbaik, terdapat beberapa kriteria utama yang perlu dipertimbangkan.
Melaka berhasrat jadi gedung pantun negara, martabat warisan budaya - Ab Rauf
Antara usaha dilakukan ialah Gerbang Pantun Melaka dan Satu Kampung Satu Pantun selain pemerkasaan pantun di sekolah, jabatan dan agensi kerajaan.
JKKN Perak terus pelihara seni budaya tarian Dabus
Dabus asalnya adalah seni mempertahankan diri yang mengutamakan kepahlawanan, kecerdasan, ketangkasan, dan keperwiraan.