awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi kekal pulau bebas cukai - Jaminan PM Najib

Salim Aziz
Salim Aziz
17/02/2018
11:33 MYT
Langkawi kekal pulau bebas cukai - Jaminan PM Najib
Langkawi akan terus dibangunkan sebagai pulau pelancongan bebas cukai. - Foto Bernama
Langkawi akan terus dibangunkan sebagai pulau pelancongan bebas cukai, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata, tiada usaha untuk memansuhkan status bebas cukai di Langkawi malah Kerajaan Persekutuan komited untuk membangunkan ke tahap lebih tinggi berbanding yang ada sekarang.
“Saya beri jaminan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai akan terus dikekalkan kerajaan.
“Pulau Langkawi akan terus kita majukan ke tahap yang lebih tinggi. Kita tak mahu pulau ini kekal pada takuk yang sedia ada sebaliknya akan melipatgandakan usaha melonjakkan pembangunan dan infrastruktur di Langkawi,” katanya.
Beliau berkata semasa berucap merasmikan majlis pelancaran Go 4.0 Langkawi di Kuah, Langkawi.
Selain itu, Najib berkata, tindakan segelintir pihaknya yang cuba mendakwa kerajaan akan memansuhkan status bebas cukai Pulau Langkawi adalah dusta semata-mata.
Menurut beliau, apa yang dilakukan sebelum ini adalah untuk menghalang ketirisan barangan bebas cukai dan masalah itu telahpun dapat diatasi.
“Jadi kalau ada orang yang bawa cerita kononnya statusnya nak ditarik balik itu adalah satu lagi pembohongan yang saya nafikan dengan sekeras-kerasnya. Apa yang saya pastikan tempoh hari adalah untuk mengelakkan ketirisan dari segi penjualan rokok dan barang-barang bebas cukai,” katanya.
Topic Berkaitan
#bebas cukai
#kekal
#Langkawi
#Najib Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan