awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Langkawi miliki padang bola sepak sintetik

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2024
14:52 MYT
Langkawi miliki padang bola sepak sintetik
Padang canggih itu diyakini dapat menjadi medan mencungkil bakat baharu di pulau ini untuk diketengahkan sebagai pemain bola sepak daerah, negeri dan kebangsaan pada masa akan datang. - Foto Facebook KBS
KUALA LUMPUR: Langkawi menjadi pulau pertama di negara ini memiliki padang bola sepak sintetik atau padang rumput tiruan.
Padang sintetik bernilai RM3.5 juta yang dibina di Kampung Ulu Melaka diyakini dapat meningkatkan budaya sukan dalam kalangan penduduk tempatan .
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, projek pembinaan padang itu bermula pada 2020 dan siap pada 2 Januari lalu.
"Projek ini mula dibina pada 2020 menggunakan peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan hari ini kita serahkan kepada Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLPBP) untuk pengurusan.
"Pembinaan fasiliti ini memberi manfaat besar dan dilihat selari dengan teras dalam Visi Sukan Negara 2030," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Padang Bola Sintetik di Kampung Kumpulan baru-baru ini.
Hannah berkata, padang canggih itu diyakini dapat menjadi medan mencungkil bakat baharu di pulau ini untuk diketengahkan sebagai pemain bola sepak daerah, negeri dan kebangsaan pada masa akan datang.
"Ini adalah fasiliti bertaraf moden kedua siap dibangunkan KBS di Kedah selepas pembangunan Pusat Skuasy Kedah di Alor Setar bernilai RM10.8 juta telah diserahkan kepada kerajaan negeri pada Disember lalu.
"KBS kini mengutamakan projek menaik taraf fasiliti sedia ada, kalau (perlu) bina baharu kita akan kaji keperluan di tempat terbabit bagi memastikan tiada pembaziran kerana kos menyelenggara fasiliti seperti ini tinggi," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Langkawi
#padang sintetik
#padang rumput tiruan
#KBS
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan