SANDAKAN: Seorang Lans Koperal didakwa di Mahkamah Khas Rasuah Sandakan kerana menerima secara rasuah wang tunai sebanyak RM3,500 sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.
Mohd Razif Hashim, 30, didakwa di hadapan Hakim Jason Anak Juga atas dakwaan berkenaan pada Selasa.
Mengikut kertas pertuduhan, kejadian berlaku pada 30 Jun 2021 pada jam kira-kira 11.30 pagi, bertempat di dalam sebuah kereta Proton Saga di kawasan berhampiran Pasar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, Sandakan.
Razif secara rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM3,500.00 daripada seorang individu bernama Said Shah.
Ia sebagai dorongan supaya Lans Koperal itu memulangkan semula barang-barang milik Said Shah iaitu sebuah motosikal jenis Honda Wave Dash, buku-buku hutang dan dua keping pasport miliknya.
Barangan itu dirampas Razif dalam satu kejadian langgar pada 27 Jun 2021.
Susulan itu, Razif telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.
Bagaimanapun razif mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya di bawah Seksyen 16 (a) (A) SPRM 2009.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit RM2,000 serta seorang penjamin tempatan.
Lans Koperal itu juga tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan serta dikehendaki melapor diri di pejabat SPRM cawangan Sandakan setiap dua bulan sekali.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 Mei ini.
Radhi Muslim
Tue Mar 21 2023

Razif secara rasuah menerima suapan wang tunai sebanyak RM3,500.00 daripada seorang individu bernama Said Shah. - Gambar hiasan

Hans Isaac dilantik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
Hans Isaac merupakan antara 16 individu dari sektor korporat, persatuan sukan dan sektor kerajaan yang dilantik sebagai Anggota Perbadanan PSM.

Terbuka Singapura: Zii Jia terus dikecewakan tersingkir awal
Lee Zii Jia terus dikecewakan apabila tersingkir awal pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2023.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Lans Koperal didakwa peras ugut wanita RM200
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Bekas hakim Mahkamah Syariah, polis didakwa minta rasuah
Kedua-dua mereka dituduh menerima rasuah dan bersubahat meminta rasuah berhubung kes khalwat empat tahun lalu.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Mahkamah arah Lans Koperal tembak isteri jalani pemeriksaan mental
Mahkamah Majistret mengarahkan Mohamad Nizarman Hassim menjalani pemeriksaan itu mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Reman Lans Koperal tembak isteri disambung
Lans koperal polis yang dipercayai menembak mati isterinya dalam kejadian di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini, 5 Mac lalu, disambung reman lima hari lagi.

Lans Koperal tembak isteri ada masalah kemurungan, mangsa hamil lima bulan
Anggota polis yang menembak isterinya hingga maut dipercayai mengalami masalah kemurungan sejak beberapa tahun lalu.

Tembak mati isteri: Lans Koperal direman tujuh hari
Perintah reman terpaksa dilakukan di Hospital Tuanku Fauziah berikutan suspek dirawat dan bakal menjalani pemeriksaan psikiatri.

Tembakan bawah mata sebabkan isteri lans koperal maut serta-merta - Polis
Polis mengenal pasti satu das tembakan mengenai bawah mata kiri menyebabkan kematian isteri kepada seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal di Kangar.

Isteri maut dipercayai ditembak anggota polis berpangkat Lans Koperal
Seorang wanita maut dipercayai ditembak suaminya seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dalam kejadian di Kampung Bendang Baru Simpang Empat, di Kangar hari ini.

Anggota komando lemas, keluarga harap jasad ditemui
Dalam masa sama, keluarga Lans Koperal Edrin Baintim reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.