IPOH: Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua pemegang jawatan ahli majlis PBT dan ketua kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022.
"Kita telah keluarkan pekeliling sebelum ini dan proses untuk mengisi lantikan baharu yang akan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak Sandrea Ng Shy Ching akan diumumkan kelak, kita mahu selesaikan segera.
"Lantikan ini merupakan jawatan daripada parti yang memerintah jadi sudah semestinya memerlukan perbincangan bersama untuk isi kekosongan, begitu juga lantikan ketua kampung yang masih menunggu format baharu yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), " katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Lahat Eco-City dekat sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim, Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) Mohamed Akmal Dahalan.
Sebelum ini Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata KKDW akan membentangkan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) pada Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Katanya keanggotaan ahli JPKK dan JPKKP yang dibentuk perlu mengambil kira komposisi parti komponen Kerajaan Perpaduan sebagai menyokong prinsip sealiran dalam kerajaan kini.
Terdahulu Saarani dalam ucapannya berkata projek pembangunan perumahan meliputi tanah seluas 82.53 ekar itu diilhamkan dengan matlamat membantu golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata projek itu melibatkan 392 unit rumah pangsa kos rendah, 404 unit rumah pangsa kos sederhana dan 669 unit rumah teres setingkat kos sederhana.
Katanya fasa pertama membabitkan rumah teres kos sederhana dijangka siap pada suku keempat 2024 manakala fasa kedua bagi rumah pangsa kos rendah pula dijadualkan siap pada suku keempat 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 17 2023

Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua pemegang jawatan ahli majlis PBT dan ketua kampung sebelum ini telah ditamatkan perkhidmatan pada 31 Disember 2022. - Gambar fail/BERNAMA

PN muktamad pembahagian kerusi PRN enam negeri petang ini
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi itu dijangka selesai kira-kira jam 5 petang.

F1: Max Verstappen juarai GP Sepanyol
Verstappen mendahului kesemua 66 pusingan di Litar Catalunya Barcelona untuk mencatat kemenangan kelimanya.

Pelakon veteran Bollywood Sulochana Latkar meninggal dunia
Aktres yang pernah membintangi lebih 250 filem itu menghembus nafas terakhir pada usia 94 tahun.

MoU janjikan masa depan lebih baik untuk artis Malaysia, Indonesia
Karyawan dan FESMI tandatangani MoU untuk bersama-sama menggalakkan pertumbuhan industri muzik di kedua-dua negara.

Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.

APG 2023: Atlet renang, olahraga sumbang lapan emas
Kontinjen Malaysia ke APG 2023 tidak mengecewakan apabila meraih lapan emas, enam perak dan tiga gangsa di bumi Kemboja pada Ahad.

Zaquan Adha belum rancang bersara susulan ACL kelima
Bekas penyerang Harimau Malaya tersebut mengalami nasib buruk itu ketika bertemu Kuching City dalam perlawanan suku akhir Piala FA.

Petugas media CNA maut dalam kemalangan di Lebuhraya Karak
Motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.

Naik taraf, perindah medan selera demi keselesaan rakyat - Pakar
Seruan itu bertepatan kerana memenuhi cita rasa budaya rakyat yang suka menjamu selera di medan selera, gerai serta warung bersama keluarga.

Hentikan politik guna modal kaum, agama - Mujibu Muis
Hentikan berpolitik secara retorik menggunakan modal kaum dan agama sebagai asas untuk meraih populariti dan sokongan.

Lantikan ahli majlis PBT, ketua kampung akan diselesaikan segera - Saarani
Kerajaan negeri Perak kini dalam fasa akhir untuk melengkapkan proses pelantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dan ketua-ketua kampung baharu yang akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Ahli Majlis PBT ditahan disyaki pukul adik OKU
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 4 petang Ahad lepas selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung perkara itu.

LTTE: CEO, Ahli Majlis PBT ditahan di Melaka di bawah SOSMA
CEO anak syarikat kerajaan negeri Melaka dan seorang Ahli Majlis sebuah PBT ditahan hari ini mengikut Akta SOSMA

Saya tak akan rayu, saya terima saja - Sivarraajh
Justeru, pendirian Naib Presiden MIC itu bakal menyaksikan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi kerusi yang disandang Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Parti komponen bincang kuota Ahli Majlis PBT Selasa ini
Naib Pengerusi PKR Selangor, Hee Loy Sian berkata, mesyuarat jam 3 petang itu melibatkan penyertaan kesemua parti komponen Pakatan Harapan.