awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Jualan MADANI Koperasi Usahawan catat nilai jualan hampir RM10 juta - Ewon
MALAYSIA
Kes Maria Chin: Mahkamah Syariah bertindak dalam bidang kuasa sah - Mohd Na'im
MALAYSIA
Polis terima tujuh laporan kenderaan dilanggar berhampiran Stesen LRT Glenmarie
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Lantikan Leftenan Jeneral: 'Saya tunggu surat saman Zaharudin' - Steven Sim

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2025
04:58 MYT
Sponsor Banner
Lantikan Leftenan Jeneral: 'Saya tunggu surat saman Zaharudin' - Steven Sim
Sim (kiri) berkata tidak gentar berdepan tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukannya adalah demi mempertahankan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan maruah pasukan keselamatan negara -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim menyatakan kesediaannya untuk berdepan saman oleh Yang Dipertua Pas Sungai Buloh, Zaharudin Muhammad susulan kenyataannya yang mempertahankan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mengecam kenyataan berbaur perkauman oleh pemimpin Pas itu.

Ringkasan AI
  • Steven Sim menyatakan kesediaan untuk disaman oleh pemimpin PAS kerana mempertahankan ATM dan menentang kenyataan berbaur perkauman.
  • Sim menegaskan bahawa kenyataan beliau adalah untuk mempertahankan keharmonian kaum dan maruah pasukan keselamatan, serta menggesa tindakan undang-undang terhadap Zaharudin.
  • Zaharudin mempertahankan kenyataannya dengan menyatakan ia bukan bertujuan menghina pelantikan Leftenan Jeneral bukan Melayu, tetapi memberi pandangan tentang kepimpinan negara.

Menurut Sim, beliau tidak gentar berdepan tindakan undang-undang kerana apa yang dilakukannya adalah demi mempertahankan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan maruah pasukan keselamatan negara.
"Kalau kerana mempertahankan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia dan martabat ATM maka saya mahu disaman oleh pemimpin PAS itu, saya bersedia!
"Saya tunggu surat saman daripada peguamnya," katanya dalam kenyataan terbaharu hari ini.
Sim yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP menambah tidak akan berganjak dalam menentang sikap rasis dan penghinaan terhadap perajurit negara.
Jelas beliau, Pas dalam kenyataan malam tadi telah mengakui ahlinya bertindak sedemikian.
"Dia (Zaharudin) sendiri yang menghasut sentimen perkauman dengan memperalat gambar pelantikan Leftenen Jeneral ATM berbangsa Cina.
"Malah, parti dia sendiri turut mengakui ahlinya bertindak sedemikian dalam kenyataan media mereka. Saya hanya bersuara melawan tindakan perkauman tersebut dan mempertahankan ATM," ujar beliau lagi.
Dalam masa sama, Menteri Sumber Manusia itu sekali lagi menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap Zaharudin.
Hari ini, Zaharudin dalam entri terbaharu mempertahankan kenyataan yang dimuat naiknya di laman Facebook.
Menurut menantu kepada Tan Sri Abdul Hadi Awang itu, kemas kininya tidak bermaksud menghina atau merendah-rendahkan pelantikan Datuk Johnny Lim Eng Seng,sebagai Leftenan Jeneral dalam ATM.
Sebaliknya, Zaharudin menjelaskan, apa yang dimaksudkannya ialah pelantikan bukan Muslim Bumiputera adalah perkara biasa, tetapi jangan jadikan Perdana Menteri bukan Melayu sebagai perkara biasa seperti pelantikan bukan Melayu dalam ATM.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Leftenan Jeneral
#Steven Sim
#Zaharudin Muhammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami