awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan anggota diberhentikan tahun lalu akibat masalah disiplin - KP bomba

Bernama
Bernama
02/03/2020
08:01 MYT
Lapan anggota diberhentikan tahun lalu akibat masalah disiplin - KP bomba
Mohammad Hamdan berkata lapan anggota bomba diberhentikan tugas tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.
Lapan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diberhentikan tugas tahun lepas kerana terlibat dalam pelbagai masalah disiplin.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid, berkata mereka diberhentikan berikutan kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah, tidak hadir bertugas, pemalsuan dokumen dan kes kecurian.
Katanya, bagaimanapun jumlah berkenaan bukan yang tertinggi pernah direkodkan jabatan itu.
"Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding tiga tahun lepas iaitu 14 orang pada tahun 2018, 21 orang pada 2017 dan 44 orang pada 2016," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2019 peringkat Negeri Sembilan yang turut dihadiri Pengarah negeri, Hamdan Ali, di sini, hari ini.
Sementara itu, Mohammad Hamdan turut meminta semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menyeragamkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan kerja-kerja pengendalian kebakaran di tapak pelupusan sampah.
Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 16 orang menerima Pingat Kebesaran Jabatan manakala 60 yang lain menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Dadah
#diberhentikan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#Negeri Sembilan
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan