awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan exco Perlis akhirnya angkat sumpah jawatan

Bernama
Bernama
13/06/2018
06:29 MYT
Lapan exco Perlis  akhirnya angkat sumpah jawatan
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (kanan) berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chuping Asmaiza Ahmad. - Foto Bernama
Kemelut Barisan Nasional (BN) Perlis berakhir dengan pelantikan lapan orang wakil rakyatnya mengangkat sumpah jawatan Exco, hari ini.
Hanya anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim tidak dilantik. Beliau tidak hadir pada istiadat itu yang berlangsung di Balai Menghadap Istana Arau.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan watikah pelantikan yang disaksikan Raja Muda Tuanku Syed Fazizuddin Putra Jamalullail.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Hamdan Bahari, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Syed Omar Shahabuddin Syed Ikhsan serta tiga ADUN Pakatan Harapan dan seorang ADUN PAS turut hadir.
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (tengah) mengucapkan tahniah kepada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis yang baharu dilantik selepas Majlis Mengangkat Sumpah di Istana Arau hari ini.- Foto Bernama
Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man (tengah) mengucapkan tahniah kepada barisan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Perlis yang baharu dilantik selepas Majlis Mengangkat Sumpah di Istana Arau hari ini.- Foto Bernama
Mendahului senarai angkat sumpah ialah ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad dan diikuti Nurulhisham Yaakob (Simpang Empat), Azizan Sulaiman (Santan), Hamizan Hassan (Kayang), Ruzaini Rais (Beseri), Rozieana Ahmad (Pauh), Siti Berenee Yahaya (Mata Ayer) dan Teh Chai Aan (MCA-Titi Tinggi).
Azlan dalam sidang media selepas itu mengumumkan portfolio anggota Exco tersebut.
Beliau sendiri memegang port folio Pentadbiran dan Kewangan; Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa; Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Industri; Hal Ehwal Tanah dan Keselamatan dan Ketenteraman Awam.
Asmaiza Ahmad: Kemajuan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan; Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru; Pelancongan dan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Nurulhisham Yaakob: Pertanian dan Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu dan Aduan Awam.
Azizan Sulaiman: Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Penjaja dan Peniaga Kecil; Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana.
Hamizan Hassan: Kemudahan dan Prasarana Awam; Pengangkutan; Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan.
Ruzaini Rais (he): Hal Ehwal Agama Islam; Kebajikan dan Bantuan Bencana dan Hubungan dan Kerjasama Sempadan.
Rozieana Ahmad: Pendidikan; Pembangunan Sumber Manusia; Sains, Teknologi dan Inovasi dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Siti Berenee Yahaya: Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Perpaduan Masyarakat dan Tugas-Tugas Khas.
Teh Chai Aan: Sumber Asli dan Alam Sekitar; Bioteknologi dan Teknologi Hijau dan Kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Azlan Man
#Barisan Nasional
#Exco
#menteri
#Menteri Besar
#Pakatan Harapan
#Perlis
#Raja Perlis
#Tuanku Syed Sirajuddin Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan