awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan kes baharu positif COVID-19 dikesan di Sarawak

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
17/03/2020
06:15 MYT
Lapan kes baharu positif COVID-19 dikesan di Sarawak
Lapan kes baharu direkodkan di Sarawak menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu kepada 42 kes.
Sarawak merekodkan lapan kes baharu COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan positif virus itu kepada 42 kes sehingga kini. Daripada jumlah itu, lima kes dikesan di Hospital Umum Sarawak (HUS), manakala dua lagi di Hospital Miri dan Hospital Sibu (satu). Perkembangan itu dimaklumkan dalam Laporan COVID-19 oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. Laporan terkini oleh Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak
Laporan terkini oleh Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) Sarawak
Sementara itu, sebanyak 35 kes baharu diklasifikasikan sebagai kes orang yang disyaki (PUI) direkodkan pada Selasa.
Menurut jawatankuasa itu lagi, 204 kes masih menunggu keputusan ujian makmal.
Laporan itu turut menyebut, jumlah keseluruhan kes yang sudah diuji sejak 11 Januari lalu adalah sebanyak 502 kes dengan 263 kes adalah negatif.
Selain itu, 656 jumlah kes direkodkan menerusi pengesanan kontak kluster satu.
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#COVID-19
#Hospital
#JPBN Sarawak
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan