Lapan lanun warganegara Indonesia ditahan ketika sedang merompak kapal MT Merlion 2 yang sedang berlabuh.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata lapan lanun dipercayai dari Batam menggunakan bot kayu untuk merompak minyak.

Ujarnya, pasukan penyelamat dan tugas khas dihantar untuk mengepung kapal tersebut sebaik sahaja laporan diterima.

"Berdasarkan kejadian-kejadian lepas, kami melihat motif rompakan ini mempunyai rangkaian yang besar dan juga motifnya rata-rata setakat ini adalah untuk merompak barang-barang persendirian krew kapal dan juga minyak dimana dua rompakan yang lepas mereka membawa kapal ke kapal yang dirompak dan dipam minyak," kata Adon.

Kerja-kerja ini dilakukan sangat pantas dalam masa 45 minit...mereka boleh mengepam minyak habis ke kapal mereka."

Katanya lapan perompak yang bersembunyi di anjungan dan kabin kapal berjaya ditahan sementara dua lagi melarikan diri.

Jelasnya, pemeriksaan menemui sebilah parang selain dua pistol dan beberapa senjata lain dipercayai dibuang ke laut.

Tambah Adon, seramai sebelas krew rakyat Myanmar dan seorang rakyat Singapura ditemui di dalam kapal itu.

Tiga daripada krew katanya mengalami kecederaan di kepala, tangan, sesak nafas dan dihantar ke rumah sakit Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia. Tanjung Pengelih, Pengerang untuk rawatan lanjut.