awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan makmal dadah diserbu, syabu 239kg bernilai RM36 juta dirampas

Hilal Azmi
Hilal Azmi
20/04/2016
06:51 MYT
Lapan makmal dadah diserbu, syabu 239kg bernilai RM36 juta dirampas
Sebahagian daripada bahan terlarang yang dirampas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Dadah jenis syabu seberat 239 kilogram dianggarkan bernilai RM36 juta berjaya dirampas dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (STING) Bukit Aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, kesemua dadah berkenaan jika dipasarkan boleh dibekalkan kepada 12 juta penagih.
Menurutnya, 10 warga tempatan yang berusia antara 23 hingga 42 tahun ditahan dalam serbuan di lapan makmal memproses dadah jenis syabu di Shah Alam dan Hutan Melintang, Perak pada Selasa.
Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek membawa masuk bahan mentah bagi memproses dadah yang diseludup masuk dari India.
"Tangkapan turut membabitkan seorang pakar kimia yang bertanggungjawab memproses dadah terbabit selepas stor bahan kimia mereka di Hutan Melintang, Perak diserbu.
"Kita turut membongkar dua makmal menyimpan bahan mentah bagi memproses syabu di Shah Alam dan merampas dadah jenis syabu seberat 239 kilogram," katanya dalam sidang media di Bukit Aman.
Turut dirampas, 150 pil disyaki dadah jenis Erimin 5, pelbagai jenis bahan kimia, sepucuk pistol jenis Luger, 38 butir peluru, 12 kereta pelbagai model dan dua motosikal.
Semua suspek direman tujuh hari dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#PDRM
#rampasan
#STING
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan