awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan masih hilang dalam tragedi kepala air di Kemaman - Polis

Bernama
Bernama
02/07/2023
13:57 MYT
Lapan masih hilang dalam tragedi kepala air di Kemaman - Polis
Polis mengesahkan dua mangsa maut yang ditemukan selepas kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman merupakan ibu dan anak, manakala lapan individu lagi masih hilang.
KUALA TERENGGANU: Polis mengesahkan dua mangsa maut yang ditemukan selepas kejadian kepala air di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman merupakan ibu dan anak, manakala lapan individu lagi masih hilang.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata setakat ini, sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti.
"Mayat pertama yang ditemukan dikenali Azizah Eiyi, 40, manakala mayat kedua ialah anak mangsa Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11. Identiti mereka disahkan selepas pengecaman mayat dibuat.
"Identiti tujuh lagi mangsa daripada keluarga berkenaan yang berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang telah dikenal pasti dan butiran mangsa akan dimaklumkan esok," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan pada pukul 6 petang tadi atas faktor cuaca dan akan disambung semula pada 8 pagi esok.
Petang tadi Bernama melaporkan 10 individu dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air ketika berkelah di kawasan rekreasi itu.
Dua mayat pertama iaitu Azizah ditemukan orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut manakala Muhammad Zulqarnain Haikal dijumpai di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih pada pukul 12.45 tengah hari.
Pemantauan polis di lokasi kejadian turut menemukan sebuah kereta jenis Proton Gen2 dan sebuah motosikal jenis SYM kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tragedi kepala air
#hilang
#Jeram Mawar
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan