Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), kata menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusoff.
Beliau berkata sehingga 31 Mac, kementerian itu diamanahkan melaksanakan sebanyak 5,095 projek di seluruh negara.
"Daripada keseluruhan jumlah itu, 358 projek lagi dalam peringkat pembinaan, manakala 434 projek di peringkat prapembinaan.
"Sebanyak 770 projek sahaja daripada keseluruhan projek RMK10 yang diselia Jabatan Kerja Raya (JKR) lewat disiapkan mengikut jadual asal," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Abd Aziz ingin tahu jumlah kontraktor yang gagal dan lewat menyiapkan projek-projek kerajaan serta agensinya sejak 2010 hingga 2014.
Fadillah berkata kontraktor yang gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan telah dikenakan denda ganti rugi, manakala 128 kontrak projek RMK10 ditamatkan berikutan kegagalan pihak kontraktor.
"Kontraktor yang ditamatkan berkenaan telah diambil tindakan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) termasuk tidak lagi dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perolehan atau tender projek kerajaan dalam tempoh masa tertentu," katanya.
Menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh), Fadillah berkata kontraktor projek Kolej Matrikulasi Kelantan di Pasir Puteh telah diambil tindakan kerana gagal menyiapkan projek itu mengikut jadual asal dan didenda, membiayai serta membaiki kelemahan yang wujud semasa pembinaan kolej terbabit.
"Sementara itu, projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bukan di bawah seliaan JKR kerana Malaysia Airports Berhad (MAB) melantik konsultan swasta untuk menguruskan projek terbabit," katanya.
Nasrudin ingin tahu apakah bentuk tindakan diambil terhadap kontraktor Kolej Matrikulasi Kelantan dan projek pembinaan KLIA2 yang lambat disiapkan sekali gus menyebabkan kos meningkat.
Bernama
Wed May 27 2015
FADILLAH: Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10). -Gambar fail
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara ambil masa lebih tiga tahun - Fadillah
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) bernilai RM284 juta yang terletak di kawasan perindustrian Enstek, Negeri Sembilan, mengambil masa tiga tahun sembilan bulan.
Lapan puluh empat peratus projek RMK10 telah siap - Fadillah
Kementerian Kerja Raya telah berjaya menyiapkan 4,303 atau 84 peratus projek pembangunan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10), kata menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusoff.