awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
Letupan di Universiti HELP: PM Anwar mahu siasatan segera, menyeluruh dijalankan
Venezuela guna hasil jualan minyak perkasa sistem kesihatan - Presiden interim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan Ramadan ibu menanti, anak belum pulang-pulang

Bernama
Bernama
14/07/2013
09:38 MYT
Lapan Ramadan ibu menanti, anak belum pulang-pulang
Mohd Shariman Shafie dan isteri
Sudah lapan kali Ramadan menjelang, namun si anak belum pulang-pulang untuk menemui si ibu yang resah menanti.
Inilah yang dialami Zaidah Ngah, 64, yang sering merindui anak sulungnya Mohd Shariman Shafie, 42, yang menghilangkan diri tanpa khabar berita sejak lapan tahun lalu.
Namun Zaidah yang kini semakin tua dan uzur masih belum berputus harap agar anaknya yang membawa diri ekoran krisis keluarga dengan arwah bapanya kembali ke pangkuannya sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.
Adik kepada Zaidah, Kamaruddin Ngah, 54, berkata Mohd Shariman meninggal rumahnya di bandar Ketengah Jaya, Dungun dengan turut meninggalkan isteri dan empat orang anak yang kini sudah berumur antara 8 hingga 18 tahun.
"Saya tidak menyangka anak saudara saya yang sebelum ini merupakan seorang kontraktor ladang sanggup meninggal keluarganya hanya berlaku sedikit selisih faham dengan bapanya," katanya kepada Bernama.
Bekas isteri Mohd Shariman, Marina Mahadi, 40, kini tinggal di Kerteh.
Menurut Kamaruddin, Mohd Shariman dikatakan pernah ditemui rakan-rakannya di Kuantan, Pahang kira-kira tiga tahun selepas menghilangkan diri, namun sejak itu tidak pernah ditemui lagi.
"Along juga pernah balik sekali apabila adik perempuannya meninggal dunia, tetapi tidak bertemu dengan ayah dan ibunya," katanya.
Beliau berharap agar Mohd Shariman melupakan perkara yang lalu dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemu dengan ibunya.
Katanya bapa Mohd Shariman meninggal dunia pada 1 Syawal tahun lalu.
Kamaruddin berkata sesiapa yang mengetahui di mana Mohd Shariman berada boleh menghubunginya di talian 019-9893999 atau 013-9505888.
Topic Berkaitan
#Besut
#Mohd Shariman
#puasa
#Ramadan
#Zaidah Ngah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan