Skip to main content

Malaysia

Lapan sekawan hisap dadah dalam pondok di kandang lembu ditahan AADK

61593166313_Dadah.jpg
Lapan sekawan yang leka menghisap dadah di dalam sebuah pondok di kandang lembu dekat Bukit Mertajam, ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang.

Mereka yang berusia lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan dalam operasi khas Total Enforcement Siri 2 bermula 22 Jun lepas hingga hari ini.

Menurut Pengarah AADK negeri, Elmariah Chung, serbuan dilakukan anggota AADK Daerah Seberang Perai Tengah hasil risikan dan soal siasat selepas kawasan itu dijadikan 'port' untuk melepaskan gian menagih dadah.

  Foto: AADK

Dalam serbuan itu, anggota AADK  turut menemui sejumlah dadah jenis syabu dan ganja bersama peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan berkenaan.

Ujian saringan awal mendapati, mereka positif dadah dan ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Mereka antara 141 orang telah ditahan dalam Op Khas tersebut.

Daripada jumlah itu, seramai 107 orang didapati positif dadah menerusi ujian air kencing.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 Pindaan 1998.

  Foto: AADK

Advertisement

Must Watch Video