awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lapan sekolah ditutup di Sabah akibat banjir, lebih 2,400 pelajar jalani PdPR

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
10/05/2022
04:32 MYT
Lapan sekolah ditutup di Sabah akibat banjir, lebih 2,400 pelajar jalani PdPR
Keadaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Syn, Tenom yang dilanda banjir. - Foto ihsan Jabatan Pendidikan Sabah.
KOTA KINABALU: Lapan sekolah melibatkan lebih 2, 400 murid dan 204 guru di tiga daerah diarah tutup susulan banjir yang berlaku sejak semalam, kata Datuk Mistrine Radin.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah itu berkata, empat buah sekolah di Tenom yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Gumisi, SK Ladong Sapong, SJKC Yuk Syn dan SK Inubai.
Manakala tiga sekolah di daerah Beaufort melibatkan SMK St Paul, SK Lago dan SK Bukau.
"Sebuah sekolah di daerah Penampang iaitu SK Tembovo ditutup bagi tugas-tugas pembersihan akibat banjir kilat," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Keadaan Sekolah Kebangsaan Gumisi, Tenom yang dilanda banjir.
Keadaan Sekolah Kebangsaan Gumisi, Tenom yang dilanda banjir.
Mistrine memberitahu, kesemua murid yang terjejas akan menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) sehingga keadaan selamat untuk kembali ke sekolah.
Sementara itu, Sekretariat Angkatan Pertahanan Awam (APM) dalam kemas kini melaporkan bahawa situasi banjir di Beaufort telah menjejaskan sebanyak 36 kawasan.
Antara yang terjejas ialah Kampung Batu 58, Kampung Binunuk, Kampung Balibata dan Kampung Lumatai serta tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu.
Manakala, di daerah Tenom, terdapat 13 buah kampung dikenal pasti sebagai kawasan terjejas banjir.
Setakat ini, sebanyak empat PPS telah dibuka di daerah berkenaan bagi menempatkan iaitu Kampung Mandalom, Kampung Ponontomon, Kampung Kanar dan Dewan Jinuin Jimin.
Topic Berkaitan
#banjir sabah
#Sekolah di Sabah ditutup
#mistrine radin
#banjir kilat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan