SEOUL: Lapan pembuat kereta domestik dan asing di Korea Selatan secara sukarela memanggil semula kira-kira 14,000 kenderaan kerana kecacatan pembuatan, lapor Xinhua, memetik Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan. pada Rabu.
Kia Corp akan memanggil balik 8,394 unit EV9 kerana ralat reka bentuk perisian dalam sistem kawalan motor pacuan roda belakang.
Mercedes-Benz Korea akan memanggil semula 2,695 unit E300e 4MATIC kerana kerosakan pendawaian pada sistem kawalan pemacu motor, 559 unit empat model, termasuk EQS 450+, kerana tidak mematuhi piawaian keselamatan dalam sistem elektrik berkuasa tinggi dan 82 unit daripada dua model lain untuk pengetatan bolt yang longgar.
Jaguar Land Rover Korea pula akan memanggil balik 1,316 kenderaan daripada empat modelnya untuk pembaikan kerosakan lampu belakang dan brek, manakala Volkswagen Group Korea telah membuat pampasan kepada 338 pemilik ID.4 disebabkan keperluan penggunaan bahan api secara berlebihan.
GM Korea dan ibu pejabat serantau GM Asia Pasifik akan menarik balik 271 kenderaan Traverse dan 21 unit dua model, termasuk Cadillac XT5, kerana pembuatan lemah dalam bahagian transmisinya.
Sementara itu, Tesla Korea akan menarik balik 176 unit dua model, termasuk Model S, kerana masalah kamera hadapan, serta 97 unit dua model, termasuk Model X, untuk membaiki tali pinggang keledar hadapan yang rosak.
Toyota Motor Korea akan memanggil balik 108 unit Lexus NX450h+ kerana ralat reka bentuk litar dalam penukar voltannya.
Pemilik kenderaan boleh mengunjungi pusat pembaikan dan servis untuk menggantikan bahagian yang rosak itu secara percuma.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 09 2023
Syarikat pembuat kereta itu antaranya melibatkan Kia Corp yang akan memanggil balik 8,394 unit EV9, serta model tertentu dari Mercedez-Benz, Jaguar Land Rover, Volkswagen, Tesla dan Toyota. - www.kia.com
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Bekas penolong jurulatih boling dipenjara enam tahun lakukan amang seksual
Seorang bekas penolong jurulatih boling dijatuhi hukuman penjara enam tahun selepas didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang atlet Sukma.
Kementerian Pendidikan umum kursus pemerkasaan AI
Kementerian Pendidikan umum peningkatan kemahiran teknologi AI di kalangan guru.
Pemandu mengaku tidak bersalah mabuk, langgar atlet kayak kebangsaan
Seorang pembantu penyelia kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kecederaan ke atas atlet kayak negara, Sabtu
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
Lapan syarikat pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 14,000 kenderaan
Syarikat pembuat kereta itu antaranya melibatkan Kia, Mercedez-Benz, Jaguar Land Rover, Volkswagen, Tesla dan Toyota.