INTERNATIONAL
Lapangan Terbang Heathrow ditutup susulan kebakaran

Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas kebakaran berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.- Reuters
LONDON: Lapangan Terbang Heathrow di United Kingdom terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran di sebuah stesen janakuasa elektrik yang membekalkan tenaga ke kemudahan itu.
Ringkasan AI
- Lapangan Terbang Heathrow terpaksa ditutup sehingga 11.59 malam pada 21 Mac kerana kebakaran di stesen janakuasa elektrik yang menyebabkan gangguan bekalan kuasa.
- Penutupan ini dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan dan perjalanan penumpang.
- Jabatan Bomba London mengerahkan sekitar 70 anggota bomba untuk memadam kebakaran di lokasi tersebut.
Pihak pengurusan lapangan terbang turut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Heathrow adalah antara lapangan terbang paling sibuk di dunia, mengendalikan jutaan penumpang setiap tahun.
Penutupan itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap jadual penerbangan serta perjalanan penumpang.
Sementara itu, Jabatan Bomba London memaklumkan sekitar 70 anggota bomba diarahkan ke lokasi untuk memadam kebakaran di lokasi yang terletak di bahagian barat London itu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami