KUALA LUMPUR: Pengguna disaran untuk tidak hanya menghebahkan di media sosial tetapi lebih penting membuat laporan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) andai berdepan dengan mana-mana kenaikan harga barang yang tidak munasabah.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan, aduan yang tepat dan terperinci perlulah dibuat di saluran yang betul supaya pihaknya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dengan sesegera mungkin.
Lebih-lebih lagi di waktu ini ketika bulan Ramadan dan menghampiri perayaan Aidilfitri, hebahan di media sosial semata-mata tidak banyak membantu pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka sepertimana yang diharapkan.
“Kita adakan advokasi kepada pengguna, kita mahu mereka tahu hak-hak mereka bukan hanya diminta untuk buat aduan tetapi yang lebih spesifik, bukan kata “oh harga barang naik” tapi di mana tidak diberitahu.
“Saya selalu kata begini, kalau nak buat aduan biar lebih tepat supaya kami boleh bergerak dan bertindak dengan lebih berkesan menangani masalah ini, supaya mereka yang buat salah kita dapat ambil tindakan dan jadi teladan kepada peniaga lain.”
Sempena dengan bulan puasa yang menyaksikan ‘pesta jualan makanan’ di bazar-bazar Ramadan seluruh negara, KPDNHEP melancarkan Op Pantau pada 3 April tempoh hari untuk memastikan para peniaga patuh kepada kadar harga yang ‘masuk akal.’
Jelas beliau, pemantauan adalah penting supaya para peniaga yang berniat tidak baik tidak mempunyai peluang untuk mengambil kesempatan lebih-lebih lagi ketika ekonomi sedang mula berkembang semula tatkala negara memasuki tempoh peralihan ke fasa endemik.
“Sepanjang dua hari pelaksanaannya sahaja kita sudah membuat pemeriksaan terhadap lebih 7,000 premis, 17 kes telah didapati atas pelbagai kesalahan dan nilai kompaun berjumlah RM4,200.
“Ini kesan daripada kita membuat pemantauan dan kita ambil tindakan ke atas kes-kes yang sudah ditentukan bersalah. Jadi jaga-jaga.”
Tonton temu bual penuh bersama beliau dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Dzulfitri Yusop, di sini:
Israr Khalid
Tue Apr 05 2022

Ada peniaga yang mengambil kesempatan ketika musim perayaan semakin hampir. -Gambar hiasan/Bernama

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Satu hari nanti, akan tiada lagi hukuman mati di negara ini - Wan Junaidi
Generasi akan datang akan mempunyai pemikiran yang berbeza tentang kewajaran menghukum dengan menawatkan riwayat seseorang manusia.

'Tiada kaitan pemansuhan hukuman mati mandatori dengan kenaikan kes jenayah berat'
Wan Junaidi berkata, orang ramai tidak gerun dengan hukuman mati, sebaliknya takut ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Selain ke tali gantung, apa selainnya yang lebih berkesan sebagai pedoman? Agenda AWANI 9 malam ini
Pemansuhan hukuman mati mandatori perlu diganti dengan bentuk hukuman yang lebih setimpal dan berupaya mengurangkan kadar jenayah berat di negara ini.

Elak kekeliruan, guna jenama cukai nilai tambah VAT ganti GST - Penganalisis ekonomi
Percanggahan pemahaman semasa pelaksanaannya dahulu menyebabkan ia gagal memberi manfaat yang sepatutnya kepada negara.

Kita perlu data struktur industri makanan yang menyeluruh - Pakar
Data yang lengkap membolehkan usaha kenal pasti punca kenaikan harga barang dan langkah menanganinya dibuat dengan lebih berkesan.

Tiga perkara dipelajari daripada WEF 2022, menurut Menteri Kewangan
Soal kerjasama global, kepimpinan dan pendirian berbeza untuk menyelesaikan krisis harus diberi perhatian.

Khazanah Nasional fokus ruang pertumbuhan baharu, pengukuhan sektor
Khazanah memperuntukkan RM6 bilion untuk lima tahun ke sektor-sektor yang dapat membangunkan Malaysia.

Kemerosotan Sapura tidak menjadi masalah sistemik kepada PNB
Dalam konteks portfolio PNB, pelaburan dalam Sapura hanya 1 peratus.

Forum Ekonomi Dunia 2022 jadi panduan pemimpin tangani krisis global
Krisis global memerlukan respon yang terkoordinasi antara semua negara dunia.

Malaysia perlu lebih terlibat dalam pembuatan dasar peringkat rantau dan global - Shahril Hamdan
Kita tidak boleh lagi asyik berbicara hal-hal picisan yang tidak membawa kepada pembangunan negara.