awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
Sewa tapak bazar Ramadan 2026 DBKL kini RM400 - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan akhir nahas bas UPSI: Brek tak ikut spesifikasi, lesen pemandu tamat tempoh sejak 1998

Asyraf Malik
Asyraf Malik
23/01/2026
10:07 MYT
Laporan akhir nahas bas UPSI: Brek tak ikut spesifikasi, lesen pemandu tamat tempoh sejak 1998
Nahas bas membawa 42 mahasiswa UPSI dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu ke Tanjung Malim, Perak berlaku pada 9 Jun lalu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Nahas bas yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun 2025 berpunca daripada beberapa kelemahan serius dalam aspek keselamatan, penyelenggaraan dan pematuhan peraturan pengangkutan darat.

Ringkasan AI
  • Siasatan Kementerian Pengangkutan (MOT) menyebut kegagalan sistem brek bas nahas UPSI, antaranya disebabkan oleh komponen brek yang tidak memenuhi spesifikasi minimum, menyebabkan masalah 'brake fade' semasa brek berterusan di laluan berbukit.
  • Bas terbabit diselenggara oleh bengkel tidak bertauliah, termasuk kerja-kerja kritikal pada sistem brek, manakala pemandu menggunakan lesen tamat tempoh sejak 1998 dan masih memiliki saman trafik aktif.
  • Bas persiaran tersebut tidak dilengkapi tali pinggang keselamatan di tempat duduk penumpang, meningkatkan risiko kecederaan dan kematian penumpang ketika berlaku kemalangan terbabas dan terbalik di laluan berselekoh.

Menerusi laporan akhir siasatan Kementerian Pengangkutan (MOT) yang dikeluarkan pada Jumaat, mendedahkan kegagalan sistem brek berlaku, meskipun sebelum kejadian kenderaan berkenaan lulus pemeriksaan berkala Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Pemeriksaan lanjut mendapati salah satu brek belakang gagal berfungsi dengan berkesan akibat kehausan komponen serta ketebalan drum brek yang berada di bawah spesifikasi minimum pengeluar.
Jelas laporan itu lagi, ujian statik semata-mata tidak mampu mengesan masalah prestasi brek ketika operasi dinamik, khususnya di laluan berbukit yang memerlukan penggunaan brek berterusan.
“Keadaan komponen brek yang tidak menepati spesifikasi serta risiko berlakunya fenomena ‘brake fade’ iaitu pengurangan kuasa untuk mengurangkan kelajuan telah menjejaskan keupayaan bas untuk membrek secara berkesan ketika menuruni cerun,” menurut laporan itu.
Seterusnya, laporan akhir itu turut mendedahkan bas berkenaan diselenggara oleh bengkel yang tidak tersenarai sebagai bengkel bertauliah, termasuk melibatkan kerja-kerja kritikal pada sistem brek.
Isu lebih membimbangkan turut melibatkan aspek pelesenan pemandu apabila siasatan mendapati salah seorang pemandu bas terbabit menggunakan lesen memandu yang telah tamat tempoh sejak tahun 1998 dan tidak diperbaharui.
Rekod saman juga menunjukkan kewujudan pelbagai saman trafik yang masih aktif terhadap pemandu terlibat.
“Dapatan ini mencerminkan kelemahan ketara dalam pemantauan pematuhan undang-undang asas pemanduan serta pengurusan keselamatan operasi oleh pihak pengendali bas persiaran itu,” ujar laporan tersebut.
Selain itu, laporan itu turut menyebut bas persiaran terbabit didapati tidak dilengkapi tali pinggang keselamatan di tempat duduk penumpang, kecuali di tempat duduk pemandu.
Ketiadaan ciri keselamatan asas itu dikenal pasti faktor yang meningkatkan tahap kecederaan dan kematian penumpang apabila bas berkenaan terbabas serta terbalik selepas hilang kawalan di laluan menuruni bukit yang berselekoh.
“Ketiadaan tali pinggang keselamatan di tempat duduk penumpang merupakan satu kekangan keselamatan pasif yang signifikan dan telah menjejaskan tahap kemandirian penumpang semasa kemalangan berlaku,” kata laporan itu.
Topic Berkaitan
#nahas bas UPSI
#Kementerian Pengangkutan
#lesen pemandu tamat
#kegagalan brek
#laporan akhir nahas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan