Skip to main content

Malaysia

Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes pukul penguat kuasa MPS

81757501178_TBgari.jpg
Mereka ditahan di Batu 8, Kampung Bariawa dan kawasan setinggan Kampung Melayu di Sandakan. - Gambar hiasan

SANDAKAN: Polis menahan tiga lagi lelaki warga Filipina termasuk seorang remaja berusia 14 tahun pada Sabtu lepas bagi membantu siasatan kes penguat kuasa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dipukul ketika bertugas di pasar Batu 8 di sini, Jumaat lepas. 

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP George Abd Rakman berkata mereka ditahan di Batu 8, Kampung Bariawa dan kawasan setinggan Kampung Melayu di sini.

Advertisement

"Hasil soal siasat, ketiga-tiganya mengaku terlibat dalam kejadian berkenaan namun siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata saringan air kencing mendapati mereka negatif terhadap dadah dan kesemuanya kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan. 

Pada Jumaat, seorang anggota penguat kuasa MPS cedera di bahagian badan akibat dipukul ketika melakukan rondaan bersama rakannya selepas menegur tindakan seorang penjual rokok haram di kawasan pasar Batu 8 dan susulan itu, seorang ditahan pada hari kejadian.

Video berdurasi lebih seminit mengenai kejadian itu turut tular menerusi media sosial.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video