awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis

Fareez Azman
Fareez Azman
16/02/2023
10:42 MYT
Laporan Audit Negara: Kerajaan perlu pantau setiap projek, elak pembaziran - Penganalisis
Penganalisis Politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad berkata kerajaan perlu mengambil tindakan serius dengan membuat pemantauan teliti terhadap mana-mana projek bagi mengelakkan pembaziran berlaku. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil tindakan serius kepada pemantauan sebarang projek kerajaan bagi mengelakkan pembaziran berlaku.
Penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamad mengulas demikian berhubung kenyataan Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2021 siri 2 pada Khamis.
"Sesuatu tindakan konkrit perlu diambil bagi memastikan tidak ada lagi pembaziran sehingga mencecah ratusan juta ringgit, kerana ia mengakibatkan ketirisan wang.
"Sebab itu bagi saya perkara ini perlu diteliti dengan lebih serius dan perlu ditangani agar ia tidak berulang," jelasnya yang menegaskan bahawa pemantauan teliti perlu dilaksanakan meskipun sesuatu projek itu telah selesai.
Pemantauan teliti itu adalah demi memastikan projek berkenaan memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya.
"Kadangkala, walaupun perancangan sesuatu perkara dibuat dengan teliti dan sesuatu projek itu sudah dilaksanakan, ia tidak mencukupi.
"Perlu ada pemantauan teliti. Apa yang dilaporkan ini adalah disebabkan pemantauan tidak dilakukan secara berkala.
"Ia menyebabkan banyak projek yang dilaksanakan tidak dapat digunakan. Ini kita lihat, apabila ada (contoh) Terminal Monorel Putrajaya... terowong (dibuat) tetapi tidak digunakan, kerana tidak ada pemantauan... walaupun projek telah berjaya dilaksanakan mengikut yang dirancang," katanya lagi.
Terdahulu, Ketua Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid dalam kenyataan memaklumkan, terdapat pembaziran berlaku selepas semakan audit dijalankan.
Antaranya, RM799 juta bagi pembinaan terowong, jambatan dan Terminal Monorel di Putrajaya yang masih belum digunakan untuk manfaat umum.
Pengurusan Pembangunan Putrajaya secara keseluruhannya dikaitkan dengan pembaziran sejumlah RM812.91 juta.
Selain projek monorel, jumlah itu turut melibatkan kos pengurusan wabak COVID-19 termasuk peralatan ventilator tidak dapat digunakan bernilai RM13.07 juta, serta satu kes pembayaran tidak teratur iaitu program pengurusan perkhidmatan ambulans dan perkhidmatan udara, bernilai RM100,000.
Topic Berkaitan
#Laporan Audit Negara
#Ketua Audit Negara
#kerajaan
#projek
#pembaziran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan