awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK siap sedia hadapi "bom cuaca" susulan Ribut Goretti melanda
Hamas sedia mudahkan penyerahan pentadbiran Gaza kepada badan bebas
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan autopsi tidak sebut Kim Chol mati akibat serangan jantung

Bernama
Bernama
06/03/2017
12:34 MYT
Laporan autopsi tidak sebut Kim Chol mati akibat serangan jantung
SUBRAMANIAM: Laporan autopsi yang dilakukan ke atas Kim Chol tidak menyebut beliau mati akibat serangan jantung. - Gambar fail
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam mengesahkan laporan autopsi yang dilakukan ke atas Kim Chol tidak menyebut beliau mati akibat serangan jantung.
Beliau berkata pasukan forensik Malaysia telah menafikan dakwaan Korea Utara bahawa Kim Chol mungkin mati akibat serangan jantung.
"Kita tidak pasti orang atau laporan perubatan mana yang mereka (Korea Utara) rujuk. Berdasarkan hasil autopsi, tiada serangan jantung.
"Tetapi mereka (Korea Utara) berkata beliau mati kerana serangan jantung. Bagaimana seseorang yang tidak melakukan autopsi atau melihat laporannya boleh membuat kesimpulan seperti itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan jurucakap rasmi kedutaan Korea Utara Ri Tong-il yang mendakwa Kim Chol mati akibat serangan jantung dan bukan diracun.
Dr Subramaniam berkata Malaysia telah menyiapkan autopsi yang adil dan disokong Jabatan Kimia.
Beliau berkata cabaran utama dalam kes Kim Chol ketika ini ialah untuk mengenal pasti identiti mayat dan bukan sebab kematian.
Mengulas pula mengenai cadangan untuk diadakan autopsi kedua oleh peguam kepada tertuduh wanita Vietnam dalam kes berkenaan, beliau berkata: "Apa sahaja pendekatan perundangan, kerajaan akan mengikutnya dan pada ketika ini kita telah menyiapakan autopsi secara adil."
Dr Subramaniam juga menegaskan kerajaan masih menunggu DNA untuk mengesahkan identiti mayat yang ujiannya akan mendedahkan misteri kes itu.
Kematian Kim Chol iaitu abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un bermula ketika beliau sedang menunggu penerbangan untuk ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb lalu apabila dua wanita menyapu mukanya dengan cecair yang kemudiannya dikenali sebagai agen saraf VX.
Beliau dilapor meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr S.Subramaniam
#DNA
#forensik
#Kim Chol
#Ri Tong-il
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan