KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan Ketua Pesuruhjayanya iaitu Tan Sri Azam Baki telah mematuhi sepenuhnya keperluan pengisytiharan harta melalui saluran rasmi kerajaan, sekali gus menafikan dakwaan tidak berasas yang cuba mengaitkan kepimpinan suruhanjaya itu dengan isu ketidakpatuhan tatakelola perkhidmatan awam.
Dalam satu kenyataan, SPRM menjelaskan pengisytiharan harta tersebut dibuat melalui Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), selaku pihak berkuasa pentadbiran yang memantau pematuhan penjawat awam terhadap peraturan sedia ada.
“Pengisytiharan harta telah dibuat melalui saluran rasmi termasuk Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, melibatkan sumber pendapatan serta pemerolehan dan pelupusan aset termasuk saham,” menurut kenyataan itu.
SPRM menegaskan, proses pengisytiharan berkenaan dilaksanakan selaras dengan rangka kerja integriti dan tadbir urus perkhidmatan awam yang mewajibkan ketelusan dan akauntabiliti, khususnya dalam kalangan pegawai kanan kerajaan.
Sehubungan itu, gambaran seolah-olah wujud kegagalan atau pengabaian terhadap pengisytiharan harta adalah tidak benar dari segi fakta dan bersifat mengelirukan, selain berpotensi menjejaskan keyakinan masyarakat terhadap sistem integriti dan tatakelola perkhidmatan awam.
SPRM turut menegaskan komitmen berterusan untuk menegakkan prinsip amanah, integriti dan ketelusan dalam pelaksanaan tugas statutori yang diamanahkan, serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang cubaan mencemarkan kredibiliti dan kepercayaan awam melalui pelaporan yang tidak tepat dan tidak bertanggungjawab.
Menurut laporan Bloomberg, Azam, 62, didakwa memiliki 17.7 juta saham Velocity Capital Partner Bhd, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan tersenarai di Bursa Malaysia berdasarkan pemfailan tahunan oleh Velocity Capital kepada kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 3 Februari tahun lalu.
Nilai pegangan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM800,000 setakat penutupan dagangan pada Isnin.
Lapor Bloomberg lagi, sehingga Selasa nama Azam masih tersenarai dalam daftar pemegang saham Velocity Capital di SSM yang boleh diakses melalui pangkalan data berbayar dan dikemas kini secara berkala.
Bagaimanapun tidak dapat dipastikan bila saham tersebut diperolehi dan Velocity Capital dilaporkan masih belum mengemukakan pemfailan sama yang dikenali sebagai penyata tahunan, untuk tahun ini.