awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
Jerman gesa "reformasi menyeluruh" Majlis Keselamatan PBB
Turkiye, tujuh negara lain gesa Israel tarik balik sekatan bantuan Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2024
03:50 MYT
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan yang dilemparkan kononnya Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino merupakan fitnah liar dan tidak benar, tegas Onn Hafiz. - Gambar SINAR HARIAN
ISKANDAR PUTERI: Dakwaan yang dilemparkan kononnya Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino merupakan fitnah liar dan tidak benar, tegas Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Menurut Menteri Besar Johor itu, dakwaan berkenaan tidak lain sekadar mencetus persepsi jahat bagi menggagalkan pembangunan Forest City yang akan dibangunkan sebagai Zon Kewangan Khas (SFZ).
"Ia tak ubah umpama bau busuk tidak berbangkai atau rantai besi dimakan bubuk… fitnah yang tak masuk akal sama sekali melainkan hanya unsurkan niat jahat utk mencemar imej Forest City dan Johor secara berterusan," tegas Onn Hafiz.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan semasa Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Jelas Onn Hafiz, tindakan melemparkan fitnah itu juga seolah mengulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018.
Sehubungan itu, beliau menitipkan nasihat kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab agar berhenti daripada menabur fitnah.
"Ini adalah masa terbaik untuk kita kembali membangunkan Forest City dengan sokongan padu kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ia (Forest City) akan beri manfaat langsung dan tak langsung kepada Bangsa Johor dan Malaysia," kata On Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap.
Dalam masa sama, Menteri Besar Johor itu mengajak semua pihak menyokong usaha kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Forest City.
Terdahulu, ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung bertanya kesahihan laporan berita media antarabangsa mengenai kelulusan pembangunan pusat kasino di Forest City yang diberikan kerajaan negeri.
Pada 25 April lalu, Perdana Menteri Anwar menafikan kerajaan akan meluluskan pembinaan kasino berlesen di Forest City.
Topic Berkaitan
#Forest City
#kasino
#onn hafiz ghazi
#zon kewangan khas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan