Mulai tahun ini, Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri, dibentangkan dalam tiga siri.
Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong manakala Siri 3 dijangka dikemukakan pada November bersama-sama Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Menurut kenyataan ketua audit negara hari ini, langkah itu merupakan satu daripada empat inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) 2.0 di bawah Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) Membanteras Rasuah.
Ia bertujuan supaya tindakan susulan dan penambahbaikan boleh diambil lebih cepat ke atas isu-isu yang dibangkitkan oleh Jabatan Audit.
Satu lagi inisiatif di bawah NKRA itu ialah Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara secara dalam talian yang dilancarkan oleh ketua setiausaha negara pada 30 Mei dan mula beroperasi hari ini.
Melalui paparan susulan itu orang ramai boleh mengakses untuk mengetahui status tindakan susulan terhadap isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun mulai tahun 2011.
Menurut kenyataan itu, dua lagi inisiatif di bawah NKRA berkenaan ialah penubuhan jawatankuasa tindakan dan penubuhan 'Putrajaya Inqusition'.
Jawatankuasa Tindakan yang dipengerusikan oleh ketua audit negara ialah untuk memastikan siasatan lanjut ke atas kes-kes disyaki melibatkan penipuan atau rasuah yang dikenal pasti dalam Laporan Ketua Audit Negara, manakala 'Putrajaya Inquisition' pula yang dipengerusikan oleh perdana menteri akan menyelesaikan kes-kes yang belum dapat diselesaikan sebegitu lama.
Bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2, sebanyak 121 pengauditan prestasi dan 49 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri.
Pengauditan ini dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, pengurusan hasil cukai, program peningkatan sosioekonomi, pertanian, infrastruktur, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta pengurusan syarikat.
Perbendaharaan Malaysia juga mengeluarkan Laporan Maklum Balas mengenai Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 yang memberikan ulasan/tindakan terkini daripada ketua perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh ketua audit negara dalam laporan berkenaan.
Kandungan laporan itu dan sinopsisnya boleh dilayari dalam Laman Web Jabatan Audit Negara di alamat http://www.audit.gov.my mulai hari ini.
Sebarang pertanyaan lanjut/pandangan mengenai laporan itu boleh dialamatkan kepada Warkah Untuk Ketua Audit Negara.
Cakera padat (CD) yang mengandungi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 Siri 1 dan 2 serta Laporan Maklum Balas oleh Perbendaharaan Malaysia turut diedarkan kepada pihak media di Parlimen.
Bernama
Tue Oct 01 2013
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Takkan timbul kemelut dana politik jika saranan GTP diterima dulu - Idris Jala
Isu pembiayaan dana politik yang hangat diperkatakan ketika ini tidak akan menjadi isu sekiranya semua pihak menerima saranan tersebut pada 2010.
Peningkatan skor CPI bukti keberkesanan usaha kolektif semua pihak - SPRM
Kedudukan negara di tangga ke 50 tahun ini di dalam Laporan Transparency International adalah hasil usaha kolektif rakyat pelbagai lapisan termasuk keberkesanan langkah-langkah di bawah GTP.
Perubahan besar dan berani perlu untuk pembaharuan - Najib
Perubahan besar dan berani, bukan lemah atau kecil, perlu untuk merealisasikan pembaharuan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
GTP berjaya capai sasaran 104 peratus pada 2013 - Najib
Laporan tersebut juga menunjukkan 5 daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menjadi pemacu utama kepada cabang Program Transformasi Nasional (NTP).
Najib lancar laporan tahunan Program Transformasi Nasional 2013 malam ini
Laporan tahunan tersebut merangkumi hasil daripada inisiatif di bawah kedua-dua Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).