Laporan media tempatan mengenai isu pencerobohan Lahad Datu memenuhi garis panduan yang ditetapkan pihak keselamatan.

Pujian dinyatakan Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yang menyifatkan laporan media Malaysia lebih baik berbanding agensi antarabangsa yang dikawal pihak tertentu.

Ujar Rais, laporan Malaysia banyak membantu menjelaskan situasi sebenar isu pencerobohan tersebut yang masuk hari ke 25.

Beliau berkata demikian dalam majlis meraikan media yang bertugas di Felda Sahabat.

Katanya, satu majlis khas kepada petugas media akan diadakan selepas berakhirnya Ops Daulat kelak.

Rais kemudian mengadakan pertemuan dengan ketua kampung di sekitar kawasan pencerobohan.

Pada pertemuan itu, Rais menyampaikan sumbangan bernilai RM70,000 kepada penduduk di penempatan sementara selain komputer riba 1Malaysia kepada ketua kampung yang terlibat.