awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Windy City: Sivasangari layak ke suku akhir, Eain Yow dan Aira tersingkir
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB

Fareez Azman
Fareez Azman
31/03/2023
14:45 MYT
Laporan OPR BH: Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi MPB
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bertemu pengurusan tertinggi Media Prima Berhad mengenai artikel dikeluarkan BH baru-baru ini. - FB Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa tindakannya menyelar laporan analisis Berita Harian (BH) bertarikh 30 Mac mengenai Kadar Dasar Semalam (OPR) disebabkan wujud kekeliruan hingga menjadi fitnah yang tersebar luas.
Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya, jelas Fahmi pertemuan telah diadakan bersama Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta pengurusan tertinggi Media Prima Berhad.
"Sebenarnya rencana itu sekadar memetik pendapat seorang penganalisis, dan saya tiada masalah dengan laporan ini.
"Tetapi post FB itu jauh berbeza kerana memberi gambaran seolah-olah Bank Negara atau Kerajaan telah membuat keputusan. Ini tidak benar dan tidak adil kepada Bank Negara dan Kerajaan.
"Pengurusan BH faham apa yang saya maksudkan dalam hal ini dan telah bersetuju untuk membetulkan post tersebut," jelasnya.
Tambah Fahmi, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada pasukan pengurusan MPB atas kerjasama yang diberikan.
Malah dalam pertemuan itu, beliau sempat bertukar pandangan tentang isu kebebasan media, etika kewartawanan serta cabaran ekonomi dihadapi pihak industri.
"Saya hormati dan akan sentiasa pertahankan hak serta kebebasan media.
"Namun teguran perlu dibuat jika wujud salah faham yang boleh menimbulkan fitnah, contohnya, apabila tajuk yang dipilih jauh maksudnya daripada isi kandungan sebenar,"katanya lagi.
Terdahulu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM) hari ini membantah sekeras-kerasnya tindakan Fahmi yang menyelar laporan analisis Berita Harian (BH) bertarikh 30 Mac mengenai Kadar Dasar Semalam (OPR).
Menerusi satu kenyataan media Presidennya, Farah Marshita Abdul Patah pada Jumaat, menegaskan laporan BH itu adalah berdasarkan ramalam OPR yang memetik pakar kewangan.
Topic Berkaitan
#OPR
#BH
#MPB
#Fahmi Fadzil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan