awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Laporan polis ke atas dua individu dibatalkan - Armand

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
27/09/2016
04:56 MYT
Laporan polis ke atas dua individu dibatalkan - Armand
Armand secara tegas meminta pihak berkuasa mengambil tindakan mana-mana pihak yang cuba mengganggu urus tadbir dan kepimpinan negara melalui cara tidak demokrasi. - Gambar fail
Tiada laporan polis oleh Pemuda UMNO terhadap dua individu yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Exco Pemuda, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, laporan itu dibatalkan kerana ia didapati tidak sahih.
"Sebanyak sembilan dokumen saya terima tempoh hari berkaitan perkara ini.
"Pandangan dan perbincangan dengan pelbagai pihak mengenai dokumen tersebut didapati ia tidak sahih dan saya telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan laporan polis terhadap dua individu yang diperkatakan," katanya yang ditemui di hadapan Balai Polis Dang Wangi di ibu negara hari ini.
Dalam pada itu Armand secara tegas meminta pihak berkuasa mengambil tindakan mana-mana pihak yang cuba mengganggu urus tadbir dan kepimpinan negara melalui cara yang tidak demokrasi, baik melalui demonstrasi jalanan mahupun politik kebencian.
Beliau juga berharap pihak berkuasa akan menangani perkara seumpama itu dengan tegas berdasarkan undang-undang negara.
Topic Berkaitan
#Armand Azha Abu Hanifah
#laporan polis
#Pemuda UMNO
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan