Laporan Tahunan JKMR 2024 dibentang kepada PM Anwar

Ahli JKMR merangkap wakil rakyat yang mewakili suara masyarakat, sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada orang awam dalam meningkatkan keberkesanan SPRM melaksanakan mandatnya. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah (JKMR) hari ini membentangkan dan menyerahkan Laporan Tahunan JKMR Tahun 2024 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- JKMR menyerahkan Laporan Tahunan 2024 kepada PM Anwar Ibrahim, memenuhi tanggungjawab berdasarkan Akta SPRM 2009.
- Laporan merangkumi aspek penguatkuasaan, pencegahan rasuah, dan cadangan untuk memperkukuh SPRM secara holistik.
- JKMR menggalakkan rakyat beri pandangan untuk meningkatkan keberkesanan SPRM dan integriti pentadbiran awam.
"JKMR turut mengemukakan syor-syor kepada Perdana Menteri berkaitan usaha memperkukuh keberkesanan SPRM secara menyeluruh dan holistik, selaras dengan usaha negara membanteras rasuah dan memantapkan integriti pentadbiran awam termasuk cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Pencegahan Rasuah.
"JKMR menzahirkan harapan agar setiap cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini diberi pertimbangan sewajarnya dan diterjemahkan kepada tindakan yang berimpak serta menyeluruhdemi kepentingan negara," menurut JKMR dalam kenyataan hari ini.
Ahli JKMR merangkap wakil rakyat yang mewakili suara masyarakat, sentiasa mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada orang awam dalam meningkatkan keberkesanan SPRM melaksanakan mandatnya.
Orang ramai boleh berbuat sedemikian dengan mengemukakan pandangan atau cadangan melalui e-mel [email protected].
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami



